in

Kritik Pemain Badminton Malaysia Dengan Perkataan Rasis, BAM Pertahan Kisona

Kisona Rasis Kritikan

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang individu telah melemparkan kritikan berunsur rasis terhadap pemain perseorangan wanita Malaysia, S Kisona.

Kritikan itu dipercayai dibuat ketika pemain tersebut beraksi menentang Mariska Tunjang dari Indonesia di kejohanan Piala Sudirman pada 1 Oktober lepas.

Bam

 

“Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dilakukan” 

Susulan isu tersebut, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengeluarkan kenyataan mengutuk sekeras-kerasanya tindakan bersifat perkauman yang dilemparkan terhadap Kisona.

Menurut perkongsian di Twitter, BAM sebagai satu badan sukan negara ini tidak mempunyai toleransi terhadap apa-apa bentuk perkauman atau diskriminasi yang dilakukan terhadap pemain badminton tersebut.

Kami akan sentiasa mempertahankan pemain dan kenyataan seperti tidak sepatutnya dilakukan dan kami menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan tidak masuk akal ini.

“BAM akan terus memperjuangkan perkara bersifat perkauman dalam sukan, terutama dalam badminton.

“Kami akan terus menegakkan semua inisiatif yang mendukung pembangunan bangsa yang progresif dan inklusif,” katanya.

 

“Takyah layan mereka2 tu. Tah-tah tak pandai main pun cakap je lebih” 

Kenyataan yang dikeluarkan BAM telah mendapat sokongan kuat netizen yang mana memuji permainan Kisona yang dilihat mempunyai masa depan yang cerah dalam badminton.

Rata-rata mengecam tindakan individu terbabit yang mengaitkan permainan sukan dengan isu rasis yang tidak sepatutnya wujud dalam kehidupan majmuk di Malaysia.

Support Kisona

Dalam satu perkembangan lain, individu yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan rasis terbabit telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan mengakui tidak bermaksud untuk menjatuhkan mana-mana kaum di negara ini.

Apa-apapun diharapkan perkara sebegini tidak berulang lagi dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghormati antara satu sama lain. 

Baca: “Beria malukan saya” – Tajuddin Mahu Cari & Ambil Tindakan Kepada Pihak Yang Tuduhnya Rasis & Tak Sensitif

Tajudin Rahman

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter