in

“Beria malukan saya” – Tajuddin Mahu Cari & Ambil Tindakan Kepada Pihak Yang Tuduhnya Rasis & Tak Sensitif

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad pada 26 Mei lalu, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam telah ‘buka mulut’ mengenai perkara tersebut.


Dalam sidang media semalam, Ahli Parlimen Pasir Salak ini mengatakan yang dia bakal mengambil tindakan ke atas pihak yang cuba menjatuhkan imejnya susulan nahas kemalangan LRT yang berlaku di KLCC bulan lepas.

Menurut Harian Metro, Tajuddin mengatakan pihak tak bertanggungjawab itu telah menggambarkan dirinya sebagai seorang yang tidak prihatin, tidak sensitif dan ada juga pihak yang mendakwa dia rasis kerana mempersoalkan seorang wartawan dari China.

Ip130621Hf003 1623564744

Saya akan mengenal pasti siapa yang beria hingga saya dimalukan seluruh negara, seorang pengerusi yang tidak layak jadi pengerusi, seorang tokoh yang rasis, tidak sensitif dan tidak ikut prosedur operasi standard.

“Ini penghinaan terhadap saya dan akan ambil tindakan mengikut undang-undang.”

Tajuddin turut menyifatkan dirinya sebagai permainan portal yang suka menimbulkan kontroversi sehingga ramai orang percaya tanpa usul periksa.

Di mana yang dikatakan tidak prihatin dan tidak sensitif dengan kejadian itu. Adakah disebabkan sebut ini berlaku (kerana) dua tren bercium itu diambil bahan saya tidak sensitif.

“Mula-mula video saya cakap kita sedih dengan apa yang berlaku. Saya juga kata sudah bincang dengan pengurusan kita akan bantu mangsa, bantu kos mangsa yang masuk hospital dan bantuan khas RM1,000.”

Mengenai perlucutan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana, Tajuddin mengatakan yang beliau tidak berdendam mahu pun terkesan dengan perkara ini.

Kenapa mahu dendam? Pegangan saya berani kerana benar. Dalam politik saya sudah melalui pelbagai pahit getir termasuk pernah dipecat dari Umno pada 1995. Tidak terkesan dan tiada salah. Masa akan menentukannya dan kebenaran akan terserlah.”

 

Baca: Tajuddin Rancang Mahu Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Screenshot 2021 06 14 At 10.18.31 Am

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.