in

KPM Sediakan Kit Pembelajaran Istimewa Untuk Murid Darjah 1, Termasuk Pendidikan Seks

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang akan masuk ke darjah 1 minggu depan, mesti korang teruja dan pada masa yang sama risau jugak tak tahu boleh ke anak survive dekat sekolah tu.


Korang semua jangan risau sebab, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menyediakan kit pembelajaran istimewa yang akan digunakan pada bulan pertama bagi membolehkan anak-anak membiasakan diri dengan fasa peralihan ini.

Kit Pembelajaran Istimewa ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pelarasan dan Fasa Kesediaan.

Pada Fasa Pelarasan di dua minggu pertama, sekolah akan menyediakan pelbagai program yang membolehkan murid-murid ini berkenalan antara satu sama lain serta membiasakan diri dengan persekolahan formal.

Selepas itu di Fasa Kesediaan, murid darjah 1 akan belajar “Badan Saya Milik Saya” di mana mereka akan diajar untuk mengenali alat sulit lelaki dan perempuan dengan bantuan gambar serta nama-nama organ dalam Bahasa Melayu.

Murid perlu bincangkan persamaan dan perbezaan di antara organ seksual lelaki dan perempuan berdasarkan gambar.”

Daftar Anak Masuk Darjah 1

Di dalam subjek tersebut ada beberapa persoalan yang perlu dibincangkan, iaitu:

  • Boleh tunjuk alat sulit dekat orang lain? Kalau tak boleh, kenapa?
  • Boleh sentuh alat sulit orang lain? Kalau tak boleh, kenapa?
  • Bolehkah seseorang itu melihat organ seksual orang lain?

Guru perlu tekankan kepada pelajar tentang anggota badan yang boleh didedahkan dan yang perlu ditutup. 

“Pelajar perlu tahu, alat sulit mereka perlu ditutup dengan pakaian dalam.”

Bercakap dengan FMT, seorang guru mengatakan sebelum ini pembelajaran seperti ini telah pun diajarkan secara progresif sehingga darjah enam.

Setakat ini kita tak pernah ajar pada minggu minggu awal fasa peralihan. Tapi mungkin ia tindakan yang positif supaya anak-anak ini sedar yang mereka perlu menghormati tubuh badan mereka lebih-lebih lagi dengan peningkatan kes cabul dan rogol yang melibatkan kanak-kanak.”

Beberapa ibu bapa yang dihubungi juga turut bersetuju dengan Kit Pembelajaran Istimewa ini supaya gangguan seksual dapat dielakkan.

Betul tu, kita pun tak tahu apa yang berlaku di sekolah, jadi bila dari awal dorang dah belajar, dorang tahu apa yang boleh dan tak boleh buat. Ibu bapa pun perlu juga mainkan peranan di rumah.

 

Baca: “Budak-budak ni lagi dirahsiakan lagi nak tahu” – Pemuda Ini Jelaskan Kenapa Penting Pendidikan Seks Di Usia Muda

Feature Image 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.