in

”Budak-budak ni lagi dirahsiakan lagi nak tahu” – Pemuda Ini Jelaskan Kenapa Penting Pendidikan Seks Di Usia Muda

feature image 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut je perkataan seks pasti ramai yang akan berfikiran negatif dan memandang serong dekat indvidu yang menyebutnya itu.

Namun, baru-baru ini seorang pemuda telah berkongsi beberapa tips tentang kepentingan belajar pendidikan seks di Twitter.


Pendidikan seks sebenarnya untuk kita respect dan menjaga maruah diri sendiri

Perkongsiannya itu  telah mendapat perhatian netizen dengan lebih kurang 8 ribu retweet dalam masa beberapa jam sahaja.

Kalau korang nak tahu pendidikan seks ini terbahagi kepada kepada 5 dimensi iaitu fizikal, intelek, emosi, sosial, kerohanian.

sec edu 1 600
Sumber: Twitter
sex edu 2
Sumber: Twitter

Rupa-rupanya memang betul yang mana dimensi ini memainkan peranan tertentu kepada diri masiing-masing.

alah, kambing tak ada sesiapa ajar pun, elok je beranak.”

Lebih mengecewakan apabila ada individu yang cuba menyamakan binatang dengan manusia yang mana kita sedia maklum binatang boleh beranak sendiri tanpa perlu ke sekolah. Hmm ada juga yang macam ni ye!

Tambahnya lagi budak-budak ni semakin di rahsiakan tentang pendidikan seks semakin diaorang nak tahu.

Lebih-lebih lagi sekarang ni boleh dikatakan semua pelajar sekolah sudah mempunyai smart phone sendiri.

sex edu 3
Sumber: Twitter

Jadi tak pelik lah kalau diaorang pergi google sendiri benda-benda yang diaorang nak tahu di sebabkan kurangnya pendedahan tentang pendidikan seks.

”Tukar je nama pendidikan munakahat, mesti takda orang argue”

Rata-rata netizen bersetuju yang mana nama pendidikan seks itu patut ditukar dengan nama yang lain kerana sceptical masyarakat tentang nama itu.

sex edu 4
Sumber: Twitter

Ada juga yang berpendapat perkataan seks itu sendiri berbunyi agak negatif apa bila di sebut. Hmm betul juga.

Tapi admin rasa pendidikan seks ni memang perlu di terapkan kepada golongan muda dari awal lagi supaya diaorang dapat sentiasa menjaga kehormatan diri.

 

Baca: ”Lepas ni guna lagi tak?” – Nenek Sarung Stokin Sebab Sejuk, Rupa-rupanya Cucu Punya ‘Sex Toy’!

sex toy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.