in

“Kos sara hidup rendah” – Ini 5 Sebab Malaysia Ibarat ‘Syurga’ Buat Warga Asing

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni, banyak pula isu kita dengar mengenai warga asing di Malaysia. Sudah tentu, isu ni bukanlah benda baru malah, dilihat seperti tak berkesudahan.

Tapi, mesti korang tertanya kenapa Malaysia ni berlambak dengan warga asing sehingga dianggap ‘syurga’ oleh dorang. Jadi, untuk artikel kali ni, min nak beritahu korang sebab-sebab warga asing ni suka sangat dekat negara kita.


1. Malaysia negara selamat untuk diduduki

Istockphoto 466842820 612X612 1

Tak dapat dinafikan, Malaysia ni antara negara paling selamat untuk tinggal dengan kadar jenayah yang agak rendah berbanding negara-negara lain seperti Argentina dan Bolivia. Malah, indeks jenayah tahunan juga menurun setiap tahun.

Bukan tu saja, Malaysia juga pernah tercalon dalam Top 20 Negara Paling Aman Damai dan mendapat tempat ke-4 dalam Asia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) yang dijalankan. Dengan itu, warga asing berbondong-bondong datang ke sini untuk bekerja kerana tak perlu risau akan keselamatan dorang.

Artikel berkaitan: Tular Video ‘Membuang’ Di Parkir Kereta, Lelaki Warga Asing Serah Diri

2. Kos sara hidup yang rendah 

161323

Malaysia ni boleh dikatakan masih mampu untuk kebanyakan orang menyara hidup walaupun bergaji kecil. Tambahan lagi, kerajaan juga turut tak henti-henti dalam memberikan bantuan kewangan kepada yang memerlukan.

Namun begitu, bantuan tersebut perlulah dikhaskan kepada rakyat Malaysia saja. Sebagai contoh, barangan subsidi yang digunakan seharian seperti minyak petrol, minyak masak dan tepung gandum perlulah dinikmati rakyat dan bukannya warga asing.

Selain tu, untuk warga asing memiliki hartanah di Malaysia bukanlah perkara yang sukar. Melalui Program Malaysia My Second Home (MM2H), dorang boleh membeli rumah dengan harga yang lebih rendah.

3. Keadaan iklim Malaysia 

Z3

Mungkin ramai dari kita yang mengeluh dengan cuaca di Malaysia yang panas terik dengan bencana banjir yang melanda negara hampir setiap tahun. Namun, ianya menjadi salah satu faktor warga asing suka akan Malaysia.

Sebabnya, ada di antara negara mereka yang mengalami pelbagai musim ekstrem seperti panas dan sejuk melampau. Jadi, iklim di Malaysia ni boleh dianggap seimbang dengan kurangnya cuaca yang terlalu ekstrem untuk diduduki. Secara tak langsung, ia juga menjadi tumpuan warga asing untuk bekerja mahupun menetap di sini.

Artikel berkaitan: “Terkejut dia” – Individu ‘Sound’ Warga Asing Berjudi Di Tempat Awam Raih Pujian Netizen

4. Kebergantungan Malaysia terhadap warga asing

Pekerja Asing Re

Kalau korang nak tahu, Malaysia ni sebenarnya kurang tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu seperti perladangan, perkilangan, pembinaan dan perlombongan. Hal ni menyebabkan kerajaan terpaksa melonggarkan dasar pekerja asing yang mengakibatkan lambakan pekerja asing di sini.

Disebabkan ‘kebaikan’ Malaysia ni, ada di antara dorang yang mula ‘naik lemak’ sehingga meminta hak sama rata seperti penduduk tetap. Malah, ada yang mendominasi perniagaan di sesetengah tempat seperti di Jalan Silang dan Lembah Klang. Pada masa yang sama, pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan pun boleh terjadi disebabkan warga asing ni.

5. Kemudahan fasiliti yang baik

Serdang

Malaysia ni negara yang serba lengkap. Begitu juga dengan kemudahan fasiliti seperti pengangkutan awam dan hospital yang senang didapati di mana-mana saja. Di samping tu, kosnya yang agak murah turut menjadi tarikan warga asing untuk berkunjung ke sini.

Sebagai contoh, ada sesetengah negara dorang yang kurang maju dari segi fasiliti dan kemudahan awam menyebabkan kos sara hidup turut meningkat. Jadi, kalau di Malaysia, dorang tak perlu bersusah payah sebab hampir semua tempat ada kemudahan ni.

Tak kurang juga, hospital dan klinik-klinik yang ada turut menerima mana-mana warga asing yang sakit dengan dikenakan kos yang agak rendah berbanding negara asal dorang.

Kesimpulannya, bukanlah Malaysia ni perlu bertindak kejam terhadap warga asing namun, undang-undang ketat dan adil adalah benda yang lebih penting untuk rakyat dan negara bagi menangani masalah warga asing ni.

Sumber: MalaysiaGazette, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.