in

Tular Video ‘Membuang’ Di Parkir Kereta, Lelaki Warga Asing Serah Diri

Kencing Serah Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertindak membuang air kecil di parkir kereta sebuah pasar raya di Subang Jaya.


Lebih membuatkan ramai naik angin, lelaki berkenaan hanya tersenyum dan beredar dari tempat berkenaan selepas ditegur seperti tidak membuat apa-apa kesalahan.

Artikel berkaitan: Jiran Dari Neraka! Kantoi Di CCTV Individu Selamba Curah Air Kencing Depan Rumah Jiran

Artikel berkaitan: “Bukan untuk dijual” –  KPDN Respon Isu Pasar Raya Tular Jual Daging Katak Secara Terbuka

Clipboard0 Horz

Kejadian itu berlaku pada 16 November lalu yang mana suspek disyaki lelaki memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek warna kelabu, kencing di tepi tiang tempat letak kenderaan seterusnya beredar ke arah kereta Mazda berwarna biru.

Terbaru, individu yang melakukan perkara tidak senonoh itu telah pun menyerah diri kepada pihak polis.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki berusia 32 tahun itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, 11.15 pagi ini sebelum ditahan.

Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan pemaustatin tetap (PR) Australia yang datang ke Malaysia kerana ingin melawat keluarganya.

Selain itu, lelaki berkenaan juga dipercayai tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.