Sekarang ni nampak macam NFT dah makin berkembang kat Malaysia, so pasukan NoFace Project ada umumkan yang dorang akan bagi NFT percuma kepada rakyat Malaysia tau! Menarik kan?
Katanya dorang akan bagi NFT percuma je kat korang bila korang join Sticker Run activitiy. Mudah kan?
Paling best benda ni tak perlukan sebarang duit pun tau. Pasukan NoFace pun akan tanggung minting fees korang!
Setiap NFT bernilai RM800+ (semasa penulisan)
‘Sticker’ tersembunyi boleh korang jumpa sekitar Petaling Street
Korang tau tak Projek No Face ni apa? Projek NoFace ni dilancarkan dengan sasaran untuk jadi jenama hebat NFT Malaysia dengan mengalu-alukan individu berpengaruh seperti usahawan dan lifesyle influencer waktu pelancaran dorang baru-baru ni!
Personaliti terkenal ini adalah pemegang NoFace NFT, yang bermaksud mereka ni adalah sebahagian daripada komuniti elit projek.
Jadi, kalau korang memiliki NoFace NFT, korang boleh jadi sebahagian daripada komuniti teras ini juga tau.
https://www.instagram.com/p/CcDUJT4gZP4/
Macam mana cara ‘sticker’ ni berfungsi?
Terdapat sejumlah 40 pelekat di sekitar Petaling Street, termasuk cawangan Kwai Chai Hong.
Ya, dorang sebenarnya telah bekerjasama dengan Kwai Chai Hong!
Ini termasuk Bubble Bee Cafe, Bunn Choon 品泉, DaBao 打包, Gui Gui BBQ KCH, Concubine KL, G-String KL, Pandan Republic 青青 dan DayOne DayOne Noodle 小時光!
Maksudnya, korang akan dapat cari 1 pelekat tersembunyi di setiap cawangan ini.
Untuk pengetahuan korang, sticker tagging sebenarnya adalah satu bentuk seni jalanan dan ia dah bermula sejak tahun 1989 lagi.
Untuk memenangi NFT PERCUMA, inilah yang korang perlu buat:
- Cari pelekat NoFace yang tersembunyi di sekitar Petaling Street
- Ambil selfie dengan pelekat tersebut dan muatnaik dekat profile Instagram/Twitter korang
- Tag NoFace untuk dorang cari entri korang (@NoFaceNFT_ di Twitter/@NoFace_Project di Instagram)
*Jangan lupa pastikan profil korang dalam mod public untuk senang jumpa.
Dannnn… Itu sahaja!
Terdapat 40 pelekat di sekitar Petaling Street. Semua penyertaan akan diundi melalui wheelofnames.com untuk menentukan pemenang!
Kalau nama korang dipilih, korang akan dapat NFT percuma. Ini bermakna ada sebanyak 40 NFT untuk dimenangi!
PS: Setiap lokasi yang korang jumpa = 1 entri. Jadi kalau korang dapat kesemua 40, itu maksudnya korang akan dapat peluang yang lebih tinggi untuk menang!
Larian pelekat ini bermula pada 7 April dan berakhir pada 17 April.
Faedah yang korang akan dapat bila korang ada NoFace NFT
Selain lukisan tangan oleh artis grafiti generasi pertama Malaysia, DrewFunk, inilah perkara yang korang dapat kalau korang pemegang NoFace NFT:
- Jadi sebahagian daripada Superbrand yang terdiri daripada komuniti eksklusif influencer & usahawan
- Hanya 888 keping yang ditempa, sekali gus mewujudkan kumpulan yang sangat eksklusif
- Berpeluang bekerjasama dengan jenama besar
- Dapat 20% hasil daripada jualan barangan
- Dapat eksklusiviti untuk acara akan datang & jualan NFT
- Kuasa untuk memutuskan bagaimana dana akan disalurkan dalam NoFace (contoh: mengadakan parti eksklusif di Australia)
- Walaupun korang boleh jadi sebahagian daripada komuniti selama mana yang korang nak, korang juga boleh jual semula NFT yang korang pegang pada bila-bila masa sahaja.
- Korang tak tertakluk untuk NoFace sahaja dan bebas untuk sertai banyak projek NFT lain yang korang berminat
Jadi, pastikan korang cari pelekat tersembunyi tersebut dengan cepat dan korang akan terima NFT bernilai lebih RM800+ (semasa penulisan) secara PERCUMA!
Baca: “Hati kau keras Roy”- Netizen Syak Ada Mesej Tersembunyi Dalam PSA Muatan Berat Oleh PLUS