in

Konstabel Polis Jadi Dalang Sindiket Pelacuran, Iklankan Gadis Malaysia Untuk Tarik Pelanggan

Bapa Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang anggota polis sepatutnya bertugas untuk membanteras jenayah yang berleluasa dalam kalangan masyarakat. Tanggungjawab yang berat ini haruslah dipikul dengan penuh kejujuran dan bukannya bersekongkol melakukan jenayah bersama penjahat pula.


Namun, lain pula yang berlaku ke atas seorang anggota polis ini. Menurut Berita Harian, anggota polis berpangkat konstabel itu telah ditahan kerana dipercayai menjadi dalang atau ‘bapa ayam’ dalam sindiket pelacuran di ibu kota. 

Pelacuran 2
sumber: bh

Sindiket tersebut dikatakan aktif beroperasi menggunakan aplikasi WhatsApp dengan mengiklankan gadis-gadis Malaysia sebagai pelacur untuk menarik perhatian pelanggan yang berhidung belang. Aduhai! 

Pelacuran 4
sumber: harian metro

Ketika serbuan dijalankan di sebuah kondominium di Setia Alam, anggota polis berusia 26 tahun itu dikatakan telah cuba menyembunyikan diri sebelum pihak polis menemui pakaian seragam anggota polis tersebut serta peralatan menghisap syabu. 

Wanita warga Indonesia yang juga seorang pelacur dan mengaku sebagai teman wanita suspek telah ditahan semasa serbuan tersebut diadakan.

Pelacuran 3
sumber: bh

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, operasi yang dijalankan sekitar jam 6.15 petang itu juga telah berjaya menahan tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki tempatan di sebuah hotel untuk membantu siasatan kes pelacuran menggunakan WhatsApp di daerah Klang.

“Berdasarkan maklumat daripada aplikasi WhatsApp menerusi telefon bimbit, terdapat sindiket pelacuran dengan mempamerkan gambar wanita dengan nama Miss Dyan, Miss Aylla, Miss Evi dan Suraya, dipercayai berlaku di hotel di Klang.

“Pasukan membuat pemeriksaan dan serbuan di tiga buah bilik di hotel berkenaan. Kita menangkap tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki rakyat tempatan masing-masing disyaki pelacur dan penjaga kepada pelacur terbabit,” jelasnya.

Pelacuran 1
sumber: bh

Kesemua suspek warga tempatan yang telah ditahan bakal direman selama empat hari dan empat wanita warga Indonesia pula akan direman selama 14 hari bermula hari ini.

Kes ini bakal disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan. Pihak JAIS pula bakal menyiasat kes ini mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana berkurung dalam satu rumah dan bukan suami isteri.

Apalah nak jadi dengan abang polis zaman sekarang ni? Kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Tak pasal-pasal abang polis yang lain terkena tempiasnya. 

Nota: Gambar kiri di atas digunakan untuk ilustrasi. 

Baca: Konstabel Polis Ditangkap Ketika Road Block, Didapati Positif Dadah

Polis Syabu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.