in

Konstabel Polis Ditangkap Ketika Road Block, Didapati Positif Dadah

Polis Syabu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugasnya adalah untuk melakukan serbuan dan menjalankan pencarian secara rawak di balai polis untuk menangkap anggota polis yang cuai dan mengambil rasuah. Namun, sewaktu hari cutinya, pegawai polis berpangkat konstabel ini sebaliknya ditangkap pula ketika sekatan jalan.


Menurut Malay Mail, pegawai polis berusia 25 tahun itu bekerja di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman (JIPS) dan telah ditahan oleh seorang pegawai polis dari daerah Klang Selatan.

Gari
gambar hiasan

Difahamkan, sekatan jalan telah dijalankan di Jalan Sungai Jati, Sentosa pada pagi Isnin, 20 November. Pada kira-kira jam 3.30 pagi, seorang pegawai lain perasan bahawa dia mula berkelakuan aneh dan mengesyaki ianya adalah kerana kesan pengambilan dadah. Mesti lah polis tau macam mana rupa orang khayal dadah kan…

Suspek tidak memberitahu dia adalah polis bertugas di Bukit Aman sehingga dia ditahan untuk ujian air kencing,” beritahu sumber polis.

Syabu
gambar hiasan

Selepas menjalani ujian air kencing, pegawai itu telah didapati positif dadah jenis methamphetamine dan disyaki daripada pengambilan syabu. Dia kemudian segera ditahan reman dan kad kuasa miliknya turut dirampas.

Difahamkan, pegawai itu kini digantung kerja di Bukit Aman sementara siasatan dijalankan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana menggunakan dan memiliki dadah berbahaya.

Harap-harap tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai polis yang melanggar integriti seperti ini.

Baca: Klip Video Inspektor dan Anggota Polis Berhibur Bersama Tauke Judi di Pusat Hiburan Tersebar!

Berjudi Berhibur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.