in

Konflik Keluarga Bertukar Tragis, Lelaki Maut Dib*nuh Adik Sendiri

syaz ft 2025 12 05T171430.492

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertikaian antara adik-beradik bertukar tragedi selepas seorang lelaki maut dibunuh adik lelakinya di Selayang Baru, Batu Caves, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mereka menerima laporan daripada seorang wanita berusia 36 tahun pada 12.22 tengah hari yang memaklumkan bahawa suaminya terbabit dalam pergaduhan dengan adik lelakinya.


Artikel berkaitan: Polis Siasat Kejadian 5 Wanita Bergaduh Di Sebuah Taman Perumahan

Artikel berkaitan: Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud, Pemilik Tadika Rugi RM1.3 Juta

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada 5.32 petang hari sama.

Berikutan kejadian itu, polis menahan lima lelaki berusia antara 22 hingga 43 tahun.

Suspek kini direman selama lima hari bermula Rabu bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Noor Ariffin berkata, seramai 13 orang lagi suspek sedang dikesan.

Saksi atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi Pegawai Kanan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Asisten Superintendan Mazlan Ali di talian 013-2734070, atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di 03-61262222.

Sumber: New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.