in

Komen Tentang Kemerdekaan Malaysia, Uyaina Arshad ‘Sekolahkan’ Netizen Indonesia

Uyaina Arshad Komen Netizen Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mendapat pujian ramai selepas memberikan respon balas pada salah satu komen yang mengatakan kemerdekaan Malaysia adalah ‘pemberian’ daripada British.


Komen tersebut yang dipercayai ditulis oleh warga Indonesia turut meraih perhatian pengikut selebriti itu.

Individu itu meninggalkan komen mengenai kemerdekaan Malaysia menerusi hantaran Uyaina di Instagram yang mengulas mengenai isu Palestin dan Israel.

Artikel berkaitan: Apa Itu Nakba 1948 & Kenapa Ia Merupakan Peristiwa Penting Untuk Diingati Rakyat Palestin?

Artikel berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Minta Rakyat Henti Tuding Jari Salahkan Selebriti & Golongan Kayangan Punca Kes Covid-19 Naik

Dalam hantaran itu, Uyaina melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang bersikap neutral terhadap peperangan Palestin-Israel atau menyebelahi tindakan Zionis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Uyaina mengulas isu tersebut dengan mengaitkan harapan sebagai rakyat yang mahukan kemerdekaan dan kebebasan seperti yang Malaysia telah kecapi hari ini.

Tidak berdiam diri, Uyaina tampil menyelar kenyataan terbabit dan meminta agar individu itu tidak mengajarnya tentang sejarah kemerdekaan Malaysia.

“Saya rasa saya lebih tahu sejarah negara saya. Sebelum ‘diberi’ kemerdekaan Tanah Melayu, berapa banyak darah orang yang memberontak menentang penjajah telah gugur?

“Yang kamu lihat cuma ‘pemberian’ menerusi diplomasi? Memang itu yang membezakan cara Malaysia dan Indonesia mendapatkan kemerdekaan negara masing-masing.

“Tapi, darah prajurit tanah airku yang pernah gugur jangan kau diamkan.

“Jangan ajar tentang sejarah negaraku sebagaimana aku tidak pernah mengajar kamu tentang sejarah negaramu,” balasnya.

Hh

Ramai yang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Uyaina selain turut mengecam komen individu terbabit yang mengeluarkan kenyataan tanpa mengenali sejarah kemerdekaan di negara ini dengan betul.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.