in

Kojek: Buaya Dibela Macam Kucing Selama 21 Tahun, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebaliknya

Ft Kojek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tahun lepas, viral tentang sebuah keluarga yang membela seekor haiwan peliharaan yang ‘bukan kelang-kaleng’ dan mendapat perhatian satu dunia.


Muhammad Irwan dan keluarga bukan membela kucing seperti kebiasaan yang selalu kita lihat, tetapi sebaliknya mereka menjadikan buaya sebagai haiwan peliharaan. Banyak foto tersebar di internet menunjukkan bagaimana buaya yang dinamakan Kojek itu dalam kehidupan seharian keluarga Irwan.

Kojek4

 

Ada pelancong nak beli dengan harga 1 bilion!

Selepas foto-foto Kojek dan keluarga itu viral di internet, ramai orang bertandang ke rumah mereka termasuklah pelancong dari Australia, Amerika dan Eropah. Mereka berkunjung ke rumah Irwan untuk melihat sendiri Kojek yang dikatakan jinak itu dengan lebih dekat. Kata Irwan,

Kojek memang nampak menakutkan tapi suka berinteraksi dengan manusia. Saya sukakan buaya dan ambil berat tentang Kojek. Mungkin ia anggap saya bapanya. Dia haiwan yang baik.”

Kojek7

Kojek11

Kalau nak tahu, ada seorang pelancong pernah menawarkan 1 bilion rupiah (RM286,949.90) kepada Irwan untuk membeli Kojek daripadanya. Namun kerana sayang dan menganggap Kojek sebagai ahli keluarga, mereka tidak bersetuju dan menolak tawaran itu.

 

Rupanya ada kisah sedih di sebaliknya…

Mungkin ramai berasa terkesima dan pelik kenapa buaya menjadi pilihan keluarga Irwan untuk dibela sedangkan ada banyak lagi jenis haiwan yang boleh dijadikan haiwan peliharaan. Namun, rupanya ada kisah dan kejadian yang berlaku lebih 2 dekad lalu yang membuatkan Irwan bertindak membawanya pulang sekaligus membelanya.

Pada tahun 1997, Irwan yang berasal dari Bogor, Indonesia itu sedang melalui kawasan Cianjur di Jawa Barat. Pandangannya kemudian beralih kepada sekumpulan kanak-kanak yang dilihat sedang mendera seekor buaya.

Kojek2

Irwan kemudian tekad untuk menyelamatkan buaya itu dengan membayar 20,000 rupiah (RM5.74) kepada seorang nelayan untuk menangkap sebelum membawa haiwan itu pulang. Sejak itu, Irwan membela dan menamakannya Kojek yang ketika itu hanya berukuran 10cm.

Langsung saya bayarin seharga Rp 20 ribu. Lalu saya masukin ke kantong celana untuk dipelihara di rumah.”

 

Bela macam kucing

Kata Irwan dan keluarganya, Kojek sememangnya buaya yang manja dan suka berinteraksi selain memahami bahasa tubuh manusia.

Memang benar Kojek sudah seperti keluarga dan dibela seperti kucing kerana mereka akan memandikannya, menggosok gigi dan membersihkan badannya.

Suka dimandiin juga, seminggu sekali, pakai sabun cuci piring. Soalnya badannya suka lumutan, nempel-nempel dari kolam. Enggak berontak kok pas dimandiin.”

Kojek10

Kojek6

Kojek9

Salah seorang penduduk kampung yang rapat dengan keluarga Irwan turut membantu memandikan, membersihkan mulut, leher dan kepada Kojek. Katanya,

Sudah 11 tahun saya ikut ngurus dia. Kojek enggak pernah ngamuk.”

 

Akhirnya terpaksa berpisah jua

Hubungan akrab yang terjalin antara Kojek dan Irwan sekeluarga bagaikan dilanda badai apabila pihak berkuasa membuat keputusan untuk meletakkan buaya itu di zoo. Kisah tentang Kojek yang menjadi viral itu telah sampai ke telinga pegawai Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) di Jawa Barat, Indonesia yang memberi arahan kepada pihaknya untuk memindahkan Kojek ke Taman Safari.

Ini kerana buaya diklasifikasikan sebagai haiwan yang dilindungi di bawah undang-undang Indonesia dan tidak boleh dijadikan binatang peliharaan.  Ketika itu, berat Kojek mencecah 200kg dan berukuran 2.64 meter. Proses pemindahan Kojek pada 4 Februari 2018 mendapat perhatian di seluruh negara dan turut disiarkan di kaca TV serta media.

Bagaimanapun, pihak berwajib masih membenarkan Irwan berjumpa dengan haiwan kesayangannya itu. Melalui Instagram, Irwan dilihat pernah melawat Kojek di Taman Safari Indonesia yang terletak di Bogor.

Kojek3

Kojek1

Sumber: Detik News, Iluminasi, Beritagar, Liputan6

Baca: Kisah Asal Usul Shin Chan Yang Menyedihkan & Kaitannya Dengan Kematian Misteri Pelukis Manga, Yoshito Usui

Shin Chan

Sumber: Detik News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.