in

“Ko boss kan? Naikkanlah gaji dia” – Ternampak Staf Buat Side Job, Lelaki Ini Terima Kecaman Netizen

Boss13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana majikan sekalipun tak berapa gemar apabila mengetahui yang pekerjanya ada buat side job, ini kerana ia boleh ganggu  fokus pekerja dalam memberikan komitmen yang terbaik untuk membantu meningkatkan prestasi syarikat.


Namun berbeza pula dengan majikan ini, dia ternampak stafnya sedang membuat penghantaran GrabFood, video yang dimuat naik di TikTok itu jadi viral setelah netizen kongsikannya semula di platform media sosial Twitter.

 

Tiba-tiba saya ternampak saya punya staff buat Grab.”

Pada waktu itu, si majikan sedang makan dan ternampak pekerjanya sedang ingin membuat penghantaran.

Dia bertanya jumlah sasaran harian yang diperlukan, pekerja itu menjawab sehari RM 50 kalau hari biasa dan RM 200 pada hujung minggu.

Tak sampai hati melihat struggle pekerjanya itu, boss ini berikan pekerjanya makanan dan wang tunai RM 50 kepadanya.

Ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang memberi sokongan moral kepada perkerja tersebut dan ada juga yang mengecam tindakan boss itu kerana dijadikan content. Malah, ada juga yang beranggapan bahawa gaji pekerja tersebut sikit.

 

 “Naikkanlah gaji dia” – Netizen

Malah, ada juga netizen yang menyuruh boss tersebut untuk naikkan gaji pekerjanya itu.

Boss Boss2 Boss3 Boss4 Boss5 Boss6 Boss7 Boss8 Boss9

Ada juga netizen yang anggap ia hanyalah sekadar marketing strategy dan ianya lakonan semata-mata. Ye ke? Korang rasa macam mana?

 

Baca : “Bimbang maksud sebenar video beri pandangan negatif” – Rakam Video Urus Jenazah Sahabat, Pendakwah Terkenal Kata Hukumnya Haram

Rakam

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.