in

“Bimbang maksud sebenar video beri pandangan negatif” – Rakam Video Urus Jenazah Sahabat, Pendakwah Terkenal Kata Hukumnya Haram

Pendakwah Tegur Hafix

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Hafiz Mahamad semalam menjadi bualan netizen apabila kecoh sebuah video rakamannya yang memaparkan proses pengebumian seorang sahabat baik dianggap tidak sesuai untuk dimuat naik ke media sosial.

Video tersebut menunjukkan Hafiz menguruskan dan mengimamkan solat jenazah, memandu van jenazah dan menguruskan ia hingga ke liang lahad yang mana kesemuanya telah dirakam dan dimuat naik di Instagram.


Haphiz

Menurut mStar, perkara tersebut telah mendapat perhatian seorang pendakwah terkenal yang juga pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, umat Islam hendaklah berhati-hati dalam mengingati mati dan hal tersebut termasuklah merakam jenazah serta menyebarkannya di laman sosial.   

“Isu ini perlu diperhalusi hukumnya. Jika rakaman video atau gambar diambil untuk tujuan simpanan peribadi tanpa menyebarkannya kepada umum, maka hukumnya makruh. Ini kerana golongan ulama khilaf dalam isu ini. 

“Ada ulama yang mengharamkan dan ada yang mengharuskan. Bagi menghormati pandangan semua ulama, maka meninggalkan perbuatan merakam atau mengambil gambar jenazah untuk simpanan peribadi adalah lebih baik. 

“Ia sekurang-kurangnya akan mengurangkan fitnah kepada jenazah dan keluarganya jika video itu tersebar tanpa diduga,” katanya.

 

Hukum haram jika timbul fitnah pada keluarga si mati 

Tambah Mohd Izhar lagi, sekiranya video atau gambar tersebut diambil untuk tujuan sebaran umum di laman sosial sehingga timbul fitnah kepada keluarga si mati atau jenazah, maka hukumnya adalah haram.

Ini kerana kemudaratan menyebarkan video atau gambar si mati akan membuka ruang fitnah yang lebih besar berbanding kebaikan. 

“Apatah lagi jika penyebaran video tersebut tak mendapat keizinan ahli keluarga si mati. Lebih membimbangkan, maksud sebenar penyebaran video itu mampu beri pandangan negatif masyarakat. 

“Maka, bagi menjaga kemuliaan jenazah dan kehormatan maruah keluarganya amat penting. Nabi SAW juga ada bersabda yang bermaksud: Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya. Riwayat Muslim,” katanya lagi.

Haphiz 3

Menurut pendakwah tersebut, perbuatan sebar gambar atau video jenazah ini sebenarnya perlu dihentikan kerana ia juga bercanggah dengan etika, moral dan akhlak Islam.

Fuh, teguran pendakwah ni memang sampai ke tulang hitam ye. Harap ramailah yang take note akan apa yang disampaikannya. 

Baca: “Semua benda ko nak rakam” – Muat Naik Video Proses Kebumikan Sahabat Baik, Hafiz Mahamad Dikecam Tidak Hormat Jenazah?

Rakam Video Jenazah

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.