in

“Kluster menteri is real” – Selepas 3 Kes Libat Menteri, Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia Pula Disahkan Positif COVID 19

Zahidi Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini, sudah tiga kes penularan wabak COVID 19 yang melibatkan menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hari ini seorang lagi menteri pula telah disahkan positif COVID 19 iaitu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, lapor Malaysiakini


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pejabatnya hari ini, keputusan ujian saringan Zahidi telah diterima awal pagi ini.

Zahidi telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul. Dia berdoa agar Allah mempermudah urusan semua yang terlibat,” katanya.

https://www.facebook.com/DatukZahidiZainul/posts/238812427746955

 

“Kluster menteri is real” 

Rata-rata netizen yang baru mendapat berita akan peningkatan kes dalam kalangan menteri kelihatan agak terkejut dan berharap ahli politik di luar sana menjaga SOP sebaiknya jika tidak mahu perkara ini makin merebak.

Kluster

Apa-apapun admin doakan semoga mereka cepat sembuh dan boleh kembali berbakti kepada rakyat. 

Baca: Tok Pa Positif COVID 19, YDP Agong & PM Antara Yang Dikatakan Bertemu Menteri Sebelum Disahkan Positif Wabak?

Tokpa

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.