in

Klinik Swasta Di Kelantan Caj RM180 Untuk Tipu Vaksin, 4 Orang Termasuk Doktor Ditahan

Page Vaksin Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya sampai ke hari ini, masih ada lagi beberapa klinik swasta yang mengambil langkah dengan menawarkan khidmat untuk memalsukan kad vaksinasi Covid-19.


Terkini, pihak polis di Kelantan telah berjaya menahan empat individu termasuk seorang doktor yang merupakan pemilik klinik swasta untuk siasatan lanjut selepas menawarkan harga sebanyak RM180 untuk pemalsuan kad itu.

B1338A0F 153D 43F9 B0D1 B502559E9809 696X461 1

Kesemua individu yang terlibat itu berumur dalam lingkungan 30-an hingga awal 60-an ditahan selepas polis dan Jabatan Kesihatan negeri menerima laporan pada pukul 11.19 pagi Ahad lepas.

“Berdasarkan siasatan awal, klinik itu dipercayai menawarkan perkhidmatan dengan caj RM180 bagi setiap suntikan kepada pelanggannya” – Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat

61462603047 Acpshafienmamat

Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menerima empat aduan daripada sumber berbeza mengenai pengeluaran kad vaksinasi palsu oleh klinik berkenaan antara 1 Oktober tahun lalu dan juga pada dan 11 Januari lepas.

“Hasil semakan lanjut pihak Jabatan Kesihatan negeri, individu yang dikatakan telah menerima vaksin tersebut tiada rekod vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera”

Difahamkan keempat-empat mereka kini telah dibebas dengan jaminan polis namun siasatan lanjut mengenai kes itu masih diteruskan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Min harap jangan lah ada yang ambil kesempatan yaa… Sama-sama kita jaga kita okay?

Baca: Tak Mahu Anak Terima Vaksin, Bapa Nekad Culik & Sorok Anak Sendiri Sejak November

Untitled 1 11

Sumber: Utusan TV
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.