in

KKM Saran ‘Double Masking’, Ini Cara Betul Untuk Memakainya

2Mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menyarankan pemakaian double mask untuk membendung penularan Covid-19. Walau bagaimanapun beliau hanya menyarankan perkara itu dan ia bukanlah wajib.


Beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan Centre of Control Disease (CDC) Amerika Syarikat bahawa pemakaian double mask memberi keberkesanan sehingga 95% bagi mengelakkan penularan virus.

Jadi, macam mana sebenarnya nak pakai double mask ni? Haa.. korang tengok video @LyanaKhairuddin kat bawah ni, siap ada tutorial lagi.

 

‘Surgical mask’ kat dalam, ‘mask’ kain kat luar

Haa… lepas tengok video ni baru tahu cara sebenar nak pakai mask dua lapis. Lepas ni kalau korang nak keluar, boleh try pakai macam ni.

Screenshot 2021 05 23 At 1.25.31 Pm

Korang tengok DG pun Quote RT ni tau. Maknanya beliau pun sebarkan maklumat ni di media sosial, bukan dekat sidang media je.

Screenshot 2021 05 23 At 1.27.47 Pm

Boleh tunjuk video kat atas tu untuk cara sebenar pemakaian double mask. Min pun ingat pakai surgical mask tu dua lapis mula-mula. Sekarang baru tahu.

Screenshot 2021 05 23 At 1.31.36 Pm

Contoh dan teladan yang baik kita ikut. Selagi kita boleh ikhtiar untuk selamatkan dan lindungi diri, kita buat. Seterusnya kita serah kepada yang Maha Besar.

Varian Covid-19 ni dah ada macam-macam. Selagi boleh elak, kita usaha untuk elak. Stay safe ye semua!

 

Baca: “Tak ada bau ke tu?” – Lelaki Guna Kasut Sebagai Ganti Sebab Lupa Pakai ‘Face Mask’

Feature Aaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.