in

KKM Jemput Bekas Pesakit Covid-19 Sertai Kajian Tindakbalas Antibodi

Dg8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, DG Noor Hisham membuat pengumuman di laman Facebook beliau menjemput individu bekas pesakit positif Covid-19 untuk datang sertai penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) berkaitan virus itu.


Pengumuman Khas buat rakyat Malaysia yang pernah dijangkiti virus COVID-19.Sekumpulan penyelidik dari Institut…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Selasa, 13 Oktober 2020

Beliau mengatakan, kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji tindakbalas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit yang pernah dijangkiti.

“Sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjemput rakyat Malaysia yang pernah dijangkiti kuman COVID-19 untuk menyertai penyelidikan perubatan bertajuk: Kajian Membujur (Longitudinal Study) tindakbalas antibodi neutralisasi di kalangan pesakit Covid-19 di Malaysia.”

Kajian ini penting bagi mengetahui paras antibodi neutralisasi (imuniti) di dalam darah yang boleh menghalang kuman Covid-19 dari menjangkiti pesakit yang pernah dijangkiti sebelum ini.”

 

Penyelidikan ini dikatakan sudah bermula sejak Ogos tahun ini dan dijangka mengambil masa sehingga Julai 2022.

 

Penyelidikan tersebut telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676- 55108).

 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi talian tertera di bawah :

  • Dr Rafiza Shaharudin (rafiza.s@moh.gov.my) @ 03-33627753
  • Dr Masita Arip (masita.a@moh.gov.my) @ 03-33627735

 

Siapa bekas pesakit Covid-19 tu boleh lah tampil untuk bantu KKM ya. Semoga dipermudah.

 

Baca : “Sukacita dimaklumkan, negara pertama yang dibantu China adalah Malaysia” – China Bakal Beri 3 Juta Vaksin Covid-19

Vaksin4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.