in

“Sukacita dimaklumkan, negara pertama yang dibantu China adalah Malaysia” – China Bakal Beri 3 Juta Vaksin Covid-19

Vaksin4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik koronavirus ini sungguh memberi impak yang kuat kepada seluruh dunia. Manakan tidak, sektor ekonomi kian merudum, aktiviti-aktiviti perlancongan menanggung banyak kerugian, rakyat hilang pekerjaan.


Parah kerana jika rakyat tak mempunyai gaji atau sumber pendapatan untuk berbelanja, ekonomi takkan pulih kerana tiada kuasa membeli!

Namun, sinar makin lama makin dilihat. Ubat bagi virus ini, vaksin, yang sepatutnya mengambil masa bertahun untuk dicipta dikatakan sudah berada di tahap terakhir. Sememangnya khabar baik buat semua.

Satu lagi perkhabaran baik yang dimaklumkan hari ini ialah, China setuju beri keutamaan kepada Malaysia bagi membekalkan vaksin Covid-19!

Perkara ini dimaklmumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, negara itu bersetuju untuk memberi bantuan pembekalan vaksin kepada rakyat Malaysia. – Berita Harian

“China adalah antara negara yang paling ke depan dalam penemuan vaksin dan saya difahamkan ia sudah berada di tahap akhir, di mana akhir tahun ini sudah ada vaksin yang boleh digunakan.

Menteri Luar China bersetuju untuk memberi keutamaan kepada Malaysia dan sukacitanya saya ingin mengatakan bahawa negara pertama yang akan dibantu adalah Malaysia.”

“Kerjasama ini akan dipimpin oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.”

Vaksin6

Di samping itu, TS Muhyiddin Yassin juga memaklumkan bahawa Malaysia akan menyertai satu badan yang akan membantu negara membangun bagi memperoleh vaksin dan tugas ini diberikan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Saya berikan tugaskan ini kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, kerana untuk menyertai badan ini kita kena bayar sejumlah wang yang agak besar.”

Disebutkan mereka boleh bantu hanya 10 peratus daripada jumlah rakyat negara dan di Malaysia hanya tiga juta sahaja dibekalkan.”

Semoga vaksin segera siap! Dan pandemik dapat diakhiri, amiinnnn.

 

Baca : Selepas Rusia, Kini China Pula Dakwa Bersedia Untuk Pasarkan Vaksin Covid-19 November Ini

Vaksin

Sumber: UMNO Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.