Bagi umat Islam, tentu dah ramai yang tak sabar untuk menanti ketibaan bulan Ramadan lebih-lebih lagi tahun ni banyak kelonggaran telah dibuat oleh kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dibuat.
Ekoran ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah menasihati warga emas untuk mengambil vaksinasi Covid-19 dan dos penggalak bagi melindungi diri.
Lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan pasti ramai yang mahu ke masjid bagi menunaikan solat sunat Tarawih.
Mesej ini juga sangat penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak kemana2 sekarang. Tapi tiba Ramadhan mereka akan beramai-ramai pergi solat terawikh. Elok top up perlindungan mereka dengan booster. Kita ikhtiar & tawakkal ke Allah.”
Selain itu, Khairy turut menunjukkan statistik warga emas yang tidak mengambil vaksin dan booster sangat berisiko tinggi untuk meninggal dunia akibat Covid-19.
Malah semalam sahaja sebanyak 105 kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan sejak seminggu yang lalu dan majoriti adalah golongan warga emas yang tidak divaksin atau menerima dos penggalak.
Semalam 105 kematian COVID-19 dilapor. Kapasiti hospital/ICU terkawal. Tapi saya juga mahu kadar kematian terkawal. Graf ini JELAS: Warga emas yang tiada vaksinasi/booster sangat berisiko tinggi mati dari COVID-19. Merayu kepada orang tua anda untuk dapat booster. pic.twitter.com/y7TjVdsvO2
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 17, 2022
Ini adalah realiti apa yang berlaku sekarang. Bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia.”
Warga emas masih berisiko tinggi terhadap gejala serius COVID-19 jika tidak menerima dos penggalak. We need to protect our elderly. So please, if you love them, convince them to get boosted. https://t.co/KkDpISZtyJ pic.twitter.com/eoyGBT7wSW
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 17, 2022
Khairy turut menekankan pengambilan booster ini bakal memberi perlindungan kepada warga emas menjelang Ramadan dan Syawal nanti apabila mereka ingin pergi berterawih, membeli belah di bazar Ramadan atau mengunjungi sanak saudara.
Baca: Khairy Umum 3 Kelonggaran SOP & Perubahan Besar Bakal Berlaku Mac Ini