“Kita boleh menang balik” – Ahmad Maslan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dah lama kan rasanya korang tak dengar pasal Datuk Ahmad Maslan? Kalau dulu nama beliau agak femes lah jugak sebab selalu keluarkan kenyataan tak masuk akal dan viralkan resepi masakannya yang agak ‘unik’. Tapi lepas PRU14 ni, Ahmad Maslan yang diam tetiba bersuara.

Menurut Malaysiakini, Ahmad Maslan yang jugak Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata beliau yakin  jika UMNO bersatu, parti ni takkan lama berada di pihak pembangkang.

“Dengan izin Allah kita mungkin tidak lama jadi pembangkang sebagaimana yang berlaku di negeri yang kita kalah. Kita yakin Malaysia ini, kita kalah tetapi kita boleh menang balik,” katanya dalam satu rakaman video.

Sumber: Malaysiakini

Tambahnya lagi, ahli parti mestilah beri kepercayaan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammudin Hussein untuk mentadbir dan lead parti ni ke arah yang lebih baik.

“Dengan sokongan padu itu maka Insya Allah parti kita yang umpama kapal yang sudah tenggelam ini boleh diambil, boleh diangkat kembali ke permukaan air dan diselamatkan semua isi-isi di dalamnya,” sambungnya lagi. Fuh deep kata-kata Mat Maslan ni! 

Gambar hiasan

Ahmad Maslan jugak sempat kritik Pakatan Harapan (PH) dengan mengatakan kemenangan dalam PRU14 ni bukanlah kemenangan besar pun sebab hanya menang 122 kerusi dari 222 kerusi yang dipertandingkan. Oleh sebab tu, PH tak boleh mendabik dada dan kena penuhi manifesto yang dijanjikan.

“Manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang itu harus mereka tunaikan. Jika mereka tak tunaikan percayalah rakyat akan bangkit dan tukar kerajaan yang ada ini,” katanya lagi.

Tonton rakaman video Ahmad Maslan di bawah:

Ahli-ahli UMNO yang masih kecewa sebab kekalahan BN tu bolehlah ambil kata-kata Ahmad Maslan sebagai kata-kata hikmat untuk terus berjuang dalam parti. Tak salah pun sebenarnya jadi pembangkang ni. Boleh check and balance apa yang kerajaan sekarang buat.

Papepun Ahmad Maslan jangan lupa share resepi kat Twitter lagi! 

Baca: “Media tak perlu berat sebelah” – Pemimpin UMNO 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!