in

“Media tak perlu berat sebelah” – Pemimpin UMNO

71526008875 freesize

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin sebenarnya masih lagi dalam culture shock bila bukak channel macam RTM dan TV3. Yelah kalau dulu, kita sering tengok media ni hentam kaw-kaw parti pembangkang, tup-tup semalam live telecast Himpunan Merdeka Rakyat pulak. Kan pelik tu? 

Media jangan berat sebelah pada BN


Perubahan ni actually telah menimbulkan kerisauan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang merasakan media arus perdana lebih menjurus kepada Pakatan Harapan (PH) lepas kemenangan mereka seminggu lalu, lapor FMT. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, media arus perdana diharap lebih ‘adil’ dalam sampaikan berita.

“Tidak perlu nak berat sebelah kerana mereka (PH) memperjuangkan ketelusan,” katanya yang tak puas hati media sekarang tak lagi hentam PH sejak 9 Mei.

akbar
Sumber: FMT

 

Media arus perdana nak ubah cara pemberitaan 

Apa yang lebih menarik, beberapa media yang disokong UMNO pun dah mula akui yang dorang kena ubah cara sampaikan berita. Ini termasuklah NSTP yang dah terbitkan 3 jenis akhbar, yang mana mereka kini arahkan staf untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran ‘politik baru’. Giteww! Lepas ni cover news neutral la. 

Lebih parah, pengurusan tertinggi Utusan Melayu ditekan untuk lepaskan pegangan mereka dalam syarikat tu. Kalau tak buat macam ni, sampai bila-bilalah Utusan jadi lidah UMNO dan makin dibenci rakyat kan?   

nstp
Sumber: FMT

Dalam pada tu, Ketua Pemuda MIC, C Sivarajah berkata, media sekarang tak perlu takut untuk cover news berkaitan dengan BN. Katanya lagi, BN dulu pun pernah benar media bagi input dan pandangan.

“Saya percaya mereka perlu semak dan imbang bukan untuk kritik mereka. Mungkin pandangan kami boleh diterima,” katanya.

Buat masa ni, masing-masing pemimpin komponen BN berharap media sokong pendapat mereka dan berlaku adil dalam sampaikan berita.

Korang rasa macam mana? Media perdana sekarang memang condong lebih kepada kerajaan ke? 

Baca: “Kami memerintah negara ni sebelum Mahathir okey!” 

cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.