in

“Kita boleh landaikan lengkungan dalam masa 4 bulan tapi…” – Dr Hisham

Collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 12 tengah malam ini, Malaysia akan mula menjalankan total lockdown selepas peningkatan kes di Malaysia semakin meruncing dengan rekod kes positif harian tertinggi sebanyak 9,020 kes pada hari Sabtu lalu.



Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan, Malaysia mampu untuk landaikan lengkungan Covid-19 dalam masa tiga ke empat bulan tapi ia memerlukan kerjasama dari rakyat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan proses vaksinasi dipercepatkan.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini telah mendapat maklumat dari Vietnam yang telah mengesan varian baru membabitkan kacukan varian India dan UK, lapor The Star.

Varian baru ini membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak jangkitan dan kematian.”

Noor Hisham Double Shield Bernama

Oleh kerana itu, total lockdown selama dua minggu ini sangat diperlukan bagi mengurangkan jumlah kes serta memberi ruang kepada frontliners untuk bernafas.

Kita perlu cepatkan proses vaksinasi dan pada bulan Jun kita sepatutnya boleh berikan 10 juta dos, ini sangat perlu untuk dilakukan.”

“Tingkah laku kita merupakan pertahanan pertama dan jika kita boleh tingkatkan kadar vaksinasi, ia boleh meningkatkan perlindungan terhadap virus.

“Kita perlu gunakan strategi dengan menggabungkan keselamatan awam dan peningkatan kadar vaksinasi, dengan ini kita mungkin boleh landaikan lengkungan dalam masa tiga ke empat bulan.”

Katanya lagi, jumlah katil di ICU dan pusat kuarantin juga telah berkurang ekoran peningkatan kes jadi jika ia melebihi kemampuan untuk merawat, para doktor terpaksa membuat pilihan sukar untuk utamakan katil ICU bagi pesakit yang ada potensi untuk sembuh.

Ini merupakan situasi yang sukar sedang kita hadapi dan Kementerian Kesihatan meminta agar semua pihak bekerjasama.”

 

Baca: “Inilah hakikat sebenar” – Luahan DG Hisham, Terpaksa Pilih Pesakit Yang Berpotensi Sembuh Untuk ICU

1Dg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.