in

“Inilah hakikat sebenar” – Luahan DG Hisham, Terpaksa Pilih Pesakit Yang Berpotensi Sembuh Untuk ICU

1Dg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Malaysia sekali lagi merekodkan kes tertinggi dalam sejarah sebanyak 9,020 kes. Perkara itu membimbangkan ramai pihak dan lebih lagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.


Dalam satu ciapan di akaun @DGHisham, beliau meluahkan keadaan semasa yang terpaksa dihadapi barisan frontliners bagi membendung Covid-19 dan menyelamatkan mangsa di Unit Kawalan Rapi (ICU) hospital-hospital seluruh tanah air.

Screenshot 2021 05 30 At 10.55.14 Am Screenshot 2021 05 30 At 10.55.24 Am Screenshot 2021 05 30 At 10.55.33 Am

 

Hospital swasta?

Ada juga yang sempat bertanya kepada DG Hisham mengenai keberadaan hospital swasta bagi meringankan beban hospital kerajaan. Menurut DG Hisham, kapasiti hospital swasta pada ketika ini adalah melebihi 60 peratus.

Screenshot 2021 05 30 At 10.55.54 AmRingkas je jawapan dari Tan Sri DG. Kalau sampai 100% kapasiti, mungkin boleh lumpuh sistem perubatan kat negara kita ni. Itulah yang semua orang paling takut. 

 

Rakyat pun risau

Sebagai rakyat Malaysia yang mematuhi SOP, keadaan ICU seperti yang didedahkan oleh DG Hisham turut membimbangkan. Kalau boleh kita taknak KKM terpaksa pilih siapa yang terpaksa hidup atau mati. Bukan apa, risau kalau yang tak terpilih tu dari kalangan keluarga atau sahabat kita.

Screenshot 2021 05 30 At 10.57.05 AmBetul, min setuju. Marilah sama-sama kita doakan negara kita kembali sejahtera macam dulu. Sama-sama kita patuh SOP dan duduk rumah.

Screenshot 2021 05 30 At 10.57.22 AmElakkan tempat yang ramai orang. Lockdown nanti bukan tak boleh keluar beli barang langsung. Boleh je keluar macam PKP 1.0 haritu. Yang penting jaga diri.

Screenshot 2021 05 30 At 10.58.05 AmItulah, ini hakikat sebenar. Tak perlu nak tuding jari kepada sesiapa, tanggungjawab tu bermula dengan kita.

Apa-apa pun, yang penting sekarang ni, kita kena lindung diri dan lindung keluarga kita. Janganlah kita menjadi orang yang tanpa sedar telah menyebarkan virus kepada orang lain. Tanggungjawab tu bermula dengan diri kita. 

 

Baca: “Prepare for the worst” – Dr Hisham Minta Orang Ramai Bersedia Hadapi Lonjakan Menegak Covid-19

Screenshot 2021 05 30 At 11.00.33 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.