in

Kisah Tragik ‘Shana Grice’ : Dikelar & Dibakar ‘Ex-Boyfriend’ Lepas Gagal Dapat Perlindungan Polis

Collage 12

Walaupun kes pembunuhan Shana Grice ini berlaku pada tahun 2016, pihak polis Sussex baru selesaikan penyiasatan mereka terhadap anggota polis yang turut bertanggungjawab atas kematiannya.

Menurut Mirror, tiga pegawai polis akan dikenakan tindakan disiplin selepas pendedahan kes seorang wanita yang membuat laporan beberapa kali kepada pihak polis tentang bekas kekasihnya, Michael Lane yang didakwa kerap mengganggunya bagaimanapun tak dilayan sebaliknya wanita ini siap didenda lagi kerana membuang masa pihak polis.

Ceritanya, Shana Grice, 19 tahun, telah meminta perlindungan dari pihak polis selepas dia diganggu dan dihendap oleh bekas kekasihnya lima kali dalam masa enam bulan sebelum akhirnya bekas teman lelakinya itu bertindak kejam dengan mengelar leher dan cuba untuk membakar mayat remaja ini pada Ogos 2016.

Shana didenda kerana ‘buang masa’ pihak polis

Shana Grice

Beberapa bulan sebelum itu, iaitu pada Mac 2016, Shana telah didenda £90 (hampir RM500) oleh Polis Sussex kerana membuang masa mereka selepas dia melaporkan Michael telah menarik rambut dan merampas telefonnya kerana dia tak memberitahu polis yang mereka pernah bercinta.

Lebih teruk lagi, polis mendenda Shana walaupun mereka tahu Michael sangat obses dan cemburu dengan remaja ini.

Kalau korang nak tahu, Michael ni memang sangat obses dengan Shana. Dia pernah letak tracker pada kereta Shana untuk mengesan pergerakan gadis ini dan duduk di luar rumah ketika gadis itu berada di rumah.

Antara tindakan ekstrem yang pernah dibuat lelaki ini, iaitu pada Julai 2016, dia masuk ke dalam bilik Shana menggunakan kunci yang dicuri ketika gadis ini sedang tidur.

Namun tragedi berdarah ini berlaku sebulan kemudian iaitu pada Ogos. Michael membunuh Shana selepas dia mendapat tahu gadis ini menjalinkan hubungan dengan lelaki lain dan membakar bilik tidur gadis itu sebagai cubaan untuk membakar mayat Shana.

Michael akhirnya ditangkap selepas kantoi melakukan kejadian tersebut.

Pada Mac 2017, Michael yang berusia 27 tahun ketika itu telah dipenjarakan seumur hidup dengan tempoh penjara minimum 25 tahun untuk kes pembunuhan Shana Grice. Ketika perbicaraan, pihak pendakwa mendedahkan 13 wanita lain pernah membuat laporan polis ke atas Michael kerana menghendap mereka.

Ketika perbicaraan, hakim, Nicholas Green telah mengkritik Polis Sussex kerana berpihak kepada Michael dengan tindakan mereka membuat keputusan sendiri dan mengabaikan laporan Shana.

Polis Sussex nak buat perubahan

Image 1

Pihak Polis Sussex telah meminta maaf dan merujuk diri mereka ke pengawas polis yang kemudian menyiasat 14 pegawai polis.

Selain itu satu laporan bebas yang dibuat telah menemui pendekatan yang digunakan pihak polis terhadap siasatan kes hendap dan gangguan Shana ini tak konsisten dan efektif.

Semalam, pihak Polis Sussex mengeluarkan kenyataan bahawa dua pegawai polis mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada May ini selepas pengawas polis mencadangkan tindakan disiplin terhadap mereka. Manakala pegawai lain telah diserahkan kepada pihak pengurusan untuk diberikan latihan lanjut.

“Dah terlambat”

D

Namun, bagi kedua ibu bapa Shana, Sharon Grice dan Richard Green perubahan yang dibuat oleh Polis Sussex ini “dah terlalu lambat”.

“Anak kami buat aduan kepada polis tapi bukannya perlindungan yang dia dapat malah dia diperlakukan seperti penjenayah.

“Dia bayar tindakan pihak polis yang kurang latihan ini dengan nyawanya. Memang patut mereka buat perubahan ini tapi ianya dah terlalu lambat untuk Shana.

“Polis Sussex tak patut dipuji dengan perubahan ini sebaliknya kita perlu galakkan orang untuk berfikir kenapa mereka melakukan perubahan.

“Gadis ini minta pihak polis untuk lindungi dia dari diganggu oleh bekas teman lelakinya tapi disebabkan pihak polis gagal lindunginya, dia dibunuh oleh lelaki yang sama di rumahnya sendiri.

“Perubahan yang dilakukan oleh pihak polis ini hanya akan terbukti bila Polis Sussex berjaya menghalang gadis-gadis lain menerima nasib yang sama seperti Shana.”

Dalam kes Shana Grice ini, pihak polis ternyata gagal untuk melindungi dia dari dibunuh oleh bekas teman lelakinya. Harapnya, kisah Shana ini dapat membuka mata polis di seluruh dunia untuk lebih mengambil berat ke atas mangsa-mangsa yang memerlukan khidmat mereka.

 

Baca: Wanita ‘Crash’ Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih Pakai Gaun Pengantin Sambil Merayu Minta Maaf

Screenshot 2019 04 11 At 9.53.51 Am