Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi kecaman netizen berhubung dengan tindakannya semasa melakukan sesi live untuk menjual produknya.
Dalam keratan video itu, dia dilihat bersama seorang personaliti media sosial, Ratu Farah Diva sedang menjual biskut menerusi TikTok milik Aliff Syukri.
Artikel berkaitan: Abdul Kadir ‘Lari’ & Tak Jawab Mesej Punca Aliff Syukri Muat Naik Hantaran Soal Hutang Puluhan Juta
Artikel berkaitan: Bergaduh Sebab Berebut Beg Aliff Syukri, Nad Zainal Minta 2 Wanita Masuk Kelas Lakonan
“Kau dah ada susu dah tu”
Dalam video tersebut, Ratu Farah Diva memuji keenakan biskut yang dimakannya sambil menambah ia akan jadi lebih enak jika dapat dicicah dengan air susu.
Namun tak semena-mena, Aliff Syukri didakwa membuat satu gurauan yang membuatkan Ratu Farah terkejut.
Boleh lihat video di bawah..
Dalam video selanjutnya, lawak sedemikian dilihat berulang lagi apabila Ratu Farah sekali lagi menyatakan yang dia mahu biskut ini dicicah dengan susu. Pada waktu itu, Ratu Farah dilihat seperti mula rasa malu dan segan.
Kira sexual harrasment tak? – Netizen
Kedua-dua video ini tular dan meraih 765 jumlah perkongsian dan lebih 7,000 tanda suka, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dan anggap jika perbuatan Aliff Syukri itu sudah boleh dikira sebagai gangguan seksual.

Sumber: Threads
