Rasanya beberapa bulan yang lepas, bertebar berita di media sosial yang mengatakan pemimpim tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un kemungkinan besar meninggal dunia akibat daripada pembedahan jantung.
Namun hari ini, sekali lagi berita mengenai kesihatan Kim Jong Un menjadi topik utama apabila pemimpin diktator tersebut dikatakan sedang dalam keadaan koma, lapor New York Post.
Media barat juga melaporkan yang Kim Jong Un sudah menyerahkan sebahagian ‘kuasa pemerintahan’ kepada adik perempuannya, Kim Yo-joung.
Menurut Chang Song-Min, bekas pembantu Presiden Korea Selatan, Kim Dae Jung mendakwa Jong Un sakit teruk selepas spekulasi mengenai penampilannya yang kurang memuaskan sejak awal tahun lalu.
“Saya merasakan dia (Jong Un) berada dalam keadaan koma, tetapi dia masih lagi hidup,” katanya kepada media Korea Selatan.
Song-Min juga berkata, dia bersedia untuk membantu Yo-jong memimpin negara.
“Struktur penggantian yang lengkap belum terbentuk, jadi Yo Jong dibawa ke depan kerana kekosongan tidak dapat dipertahankan untuk jangka waktu yang lama,” katanya.