in

“Kesiannya” – Wanita Ini Meninggal Lepas Wajahnya Musnah Akibat Resdung, Keluarga Minta Orang Ramai Hati-hati

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita dengar pasal resdung, selalunya kita memang tak pandang serious dengan masalah ni dan anggap yang ia hanya sebahagian dari penyakit biasa yang terjadi pada ramai orang.


Namun pada wanita ini, impiannya untuk menjadi pelakon musnah gara-gara jangkitan kuman yang memusnahkan hampir keseluruhan mukanya.

Resdung Perempuan 1
Sumber: dailystar

Menurut Dailystar, wanita yang berasal dari Vietnam ini disahkan mengidap penyakit sinusitis tiga tahun lalu, namun hari demi hari, keadaannya menjadi lebih teruk.

Kerana tak ada pilihan lain, keluarga wanita ini, Tran Thi Yen Nhung, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan 500 juta VNSD (RM 97,000) bagi menanggung kos pembedahan.

Pun begitu, selepas pembedahan, muka Nhung menjadi lebih kronik dan hampir memusnahkan keseluruhan wajahnya.

Tak sampai setahun, muka Nhung menjadi bertambah teruk dan mula menarik perhatian lalat.

Tiga tahun selepas dia mengidap penyakit ini, Nhung meninggal pada 27 Disember lalu. Kini, keluarga Ngung telah mengeluarkan gambar-gambarnya sebagai amaran terhadap orang ramai.

Melihat Nhung dalam kesakitan memang sangat menyedihkan. Namun dia seorang yang baik. Dia tak benarkan kami keluarkan duit lagi untuk perubatannya dan meminta kami supaya jangan menangis.”

Pakar sinus New York, Dr Wellington S berkata, keadaan yang berlaku kepada Nhung ini mungkin terjadi kerana kombinasi fungus di sinus dan rawatan yang serba kekurangan di negara itu.

Tambahnya lagi, penyakit ini memberi reaksi yang berbeza-beza di setiap bahagian di dunia atas faktor ubat-ubatan, iklim dan perubatan.

 

Baca: Ni bukan cobaan” – Doktor Jumpa Lebih 1,000 ‘Black Pearl’ Dalam Hempedu Lelaki Ni Lepas Dia Mengadu Sakit Perut

Screenshot 2019 12 11 At 5.22.00 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.