in

Sebatang Kara, Sakit Mental, Tinggal di Rumah Penuh Sampah

Page 4 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rumah sepatutnya menjadi tempat yang selesa untuk didiami. Namun, seorang wanita sakit mental ni dah hidup selama 10 tahun dikelilingi sampah sarap di rumah dekat Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, Kelantan.

Menurut Sinar Harian, wanita berkenaan Wan Hafsah Che Awan, 39, hidup sebatang kara bila kedua ibu bapa angkatnya meninggal dunia 15 tahun yang lalu.


 

Kematian ibu bapa angkat beri kesan kepada Wan Hafsah

Jirannya, Che Omar@Musa Isa, 68, memberitahu kematian ibu bapa angkatnya itu menyebabkan Wan Hafsah mengalami tekanan perasaan.

“Hidupnya terabai, emosinya terganggu sehingga kemurungan yang dialami sejak remaja semakin teruk.

“Dia pula tinggal seorang diri di rumah peninggalan ibu bapanya itu, keadaan itu menyebabkan gangguan mentalnya semakin teruk sejak 10 tahun kebelakangan ini.”

U1 1
sumber: sinar harian

 

Sukar untuk dijaga sebab suka merayau

Che Omar memberitahu bahawa sebelum ini, Wan Hafsah pernah dihantar ke hospital sakit jiwa tetapi dibenarkan pulang apabila pulih.

Katanya lagi, Wan Hafsah sukar untuk dijaga sebab suka merayau dan kerap hilang kerana tak tahu jalan pulang.

“Dia suka merayau, kadang kala risau juga keselamatannya kerana dia seorang wanita.”

U2 1
sumber: sinar harian

 

Wan Hafsah kutip sampah dan buang di rumahnya

Che Omar berkata, makan minum Hafsah adalah belas ihsan jiran dan penduduk kampung yang sentiasa membantu.

“Ramai yang hulurkan makanan padanya, sampah sarap itu adalah sisa makanannya serta sampah yang dikutip dan dibawa pulang ke rumah.”

Menyedihkan juga bila melihat wanita ini hanya bertilam buruk sebagai alas tidurnya dengan najis dan sampah berbau busuk di setiap pelusuk rumahnya itu. Bukan itu je, keadaan rumahnya jugak tak terurus tanpa bekalan elektrik dengan dinding serta lantai rumah yang reput.

U3
sumber: sinar harian

 

Wan Hafsah susah dapat bantuan

Walaupun dalam keadaan yang begitu, Che Omar berkata bahawa Wan Hafsah sukar untuk mendapat bantuan sebab dia berstatus penduduk tetap. Katanya lagi, atas dasar kemanusiaan, dia berharap ada pembelaan kepada Wan Hafsah agar ditempatkan di rumah perlindungan demi keselamatannya daripada gangguan seksual.

Alahai, kesiannya. Harap ada pihak yang tampil bantu.

Baca: Warga Emas Uzur Terlantar Tinggal Sendirian, Dikelilingi Sampah Sejak 30 Tahun Lalu

Page2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.