in

“Kesian orang yang betul2 susah”- Viral Video Peminta Sedekah OKU Dikatakan Sebenarnya Tak Buta Pun?

F4 Donate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang didatangi oleh seorang individu OKU yang jual tisu ketika sedang makan di kedai atau warung? Disebabkan ramai rakyat Malaysia yang baik hati, kebanyakan orang memang akan beli tisu tu atau bagi derma dengan niat untuk membantu.


Namun, tahukah anda ada juga orang yang gemar mengambil kesempatan dengan menipu bahawa mereka hidup susah atau OKU padahal sebenarnya tak pun?

@wansitisarah11

Dh mcm trend cepat kaya plak ??‍♂️??#viral2022

♬ Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs

Baru-baru ini viral pula sebuah video TikTok yang dikongsikan oleh akaun wansitisarah11 yang memperlihatkan gerak-geri seorang lelaki  OKU penglihatan bersama seorang wanita.

Gerak-geri mereka itu begitu mencurigakan sebab perakam video sebenarnya dah mengekori mereka setelah pasangan terbabit meninggalkan tempat mereka minta sedekah.

 

Donate 2

Sangat mengejutkan apabila lelaki yang dikatakan OKU tu dilihat boleh berjalan seperti biasa seperti orang biasa yang tiada masalah penglihatan tanpa perlu dipimpin oleh wanita berkenaan.

Dalam video yang berdurasi selama seminit itu, kedua-dua individu itu berjalan ke arah sebuah kereta warna putih, namun tak dapat dipastikan sama ada kereta tu diarahkan oleh sindiket atau ia sebenarnya kereta yang ditempah oleh mereka sendiri menggunakan app e-hailing.

Donate 3

Gerak-geri mencurigakan itu telah menimbulkan kemarahan netizen terutamanya di TikTok sebab ada yang berpendapat ia boleh menjejaskan orang OKU yang betul-betul memerlukan.

Mungkin lepas ni orang awam dah tak nak tolong walaupun orang tu tak menipu sebab mereka takut kena tipu macam ni.

Selain itu, ada juga netizen yang mengatakan lebih baik jika menderma terus ke masjid atau rumah anak yatim berbanding derma macam ni sebab kita tahu wang yang disumbangkan tu akan benar-benar sampai kepada orang yang memerlukan.

Dalam pada itu, netizen yang lain pula berkongsi bahawa pendapatan orang yang menipu jadi peminta sedekah adalah lebih masyuk berbanding kita yang kena kerja hari-hari di pejabat.

Tak kurang juga ada yang memuji tindakan si perakam video yang record senyap-senyap gerak-geri kedua-dua individu sehingga ada yang menyamakannya dengan rancangan 999 yang ditayangkan di TV3.

Min rasa lepas ni lebih baik kita derma terus je ke yayasan atau masjid, barulah tak kena scam kan. 

Baca: “Seringgit lah!!!”- [VIDEO] Netizen Kongsi Rakaman Peminta Sedekah Kanak-kanak ‘Biadap’

Donate 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.