in

“Kesian makcik tuuu” – [VIDEO] Hari Pertama Ramadan, Khemah Dan Barangan Jualan Rosak Dibadai Angin Kencang

Fi Bazarr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syukur kepada tuhan, kita masih diberi peluang untuk bertemu bulan Ramadan pada tahun ini.


Disamping memperbanyakkan ibadah harian, sudah menjadi kebiasaan pada bulan puasa ini untuk kita pergi ke bazar Ramadan mencari juadah berbuka.

Walaupun bukan semua negeri memberi kebenaran kerana wabak Covid-19 ini, namun penganjurannya tetap menjadi perhatian dan memberi peluang bermakna untuk peniaga mencari rezeki.

Disebalik keterujaan itu, kisah sedih menimpa sekumpulan peniaga apabila menerima ujian yang berat pada hari pertama Ramadan.

 

Khemah runtuh, makanan berterabur atas jalan

Menerusi sebuah video, hujan lebat dan angin kencang telah merosakkan khemah serta bahan makanan sekumpulan peniaga wanita di sebuah bazar di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.

Mereka yang terkejut dengan situasi itu terus menyelamatkan apa yang boleh di samping mengutip semula bahan makanan yang berterabur di atas jalan.

Video itu telah dimuat naik oleh BERNAMA dan sehingga kini telah meraih 2k likes di Facebook.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Di kala keterujaan peniaga memulakan jualan bazar Ramadan di Wangsa…

Posted by BERNAMA on Tuesday, April 13, 2021

Dilihat juga beberapa peniaga lelaki membantu peniaga wanita tersebut untuk mendirikan kembali khemah mereka yang telah runtuh itu. Kesian betullah tengok hmm.

 

“InsyaAllah akan diganti dengan rezeki lain”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati mereka terhadap peniaga tersebut. Selain memberikan kata-kata semangat kepada peniaga itu supaya tidak mudah berputus asa.

Reak Bazar 1 Edit

Reak Bazar 2 Edit

Reak Bazar 3 Edit

Sama-sama kita doakan supaya urusan semua peniaga di bulan Ramadan ini dipermudahkan dan diberikan rezeki yang melimpah-ruah.

Sumber : BERNAMA

 

Baca : Tudddiaaaa Bazar Ramadan Bayan Lepas Viral Lepas Catat 1,200 Pengunjung Dalam Masa 3 Jam!

Panjang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.