Semalam, kecoh di media sosial mengenai kisah seorang warga emas yang ditemui di dalam sebuah rumah di Pasir Mas, Kelantan.
Warga emas terbabit dipercayai telah dikurung di dalam ruangan itu dalam keadaan tidak terurus dan terbaring di atas lantai tanah oleh anaknya sendiri.

Susulan penemuan itu, menerusi perkongsian Abbe Hae di Facebook, warga emas berkenaan telah dibawa ke hospital berdekatan oleh aktivis kebajikan tersebut.
Terkini, susulan itu berkaita warga emas berusia 79 tahun yang dikenali sebagai Pak Mail itu, beberapa tindakan susulan telah dan sedang diambil bagi memastikan kebajikan beliau terus terpelihara.
Perkembangan terkini mengenai isu berkaitan warga emas itu telah dikongsikan di Facebook oleh ADUN Apam Putra yang dikenali sebagai Abe Zam.

Artikel Berkaitan: Warga Emas Uzur Ditemui Dalam Bilik Berlantaikan Tanah, Individu Doakan Moga Ahli Keluarga Bertaubat
Artikel berkaitan: Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Longkang Oleh Remaja Ketika Buang Sampah
Setelah menerima rawatan di Hospital Pasir Mas semalam, Pak Mail kini telah pun berada di bawah jagaan keluarganya.
Menurut laporan Harian Metro, keluarga warga emas itu pula mendakwa bahawa warga emas berkenaan mengalami masalah mental.
Pihak JKM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat pula akan memantau keadaan Pak Mail setiap hari selamas seminggu dan pemantaun lanjut mengikut keperluan dan penilaian profesional juga akan diteruskan.
Pemantauan ini turut melibatkan kerjasama dengan pihak hospital bagi menilai tahap kesihatan Pak Mail secara menyeluruh, termasuk aspek kesihatan mental, memandangkan faktor usia serta laporan berkaitan keadaan beliau sebelum ini.
Keluarga warga emas ini juga difahamkan telah menyatakan komitmen untuk menjaga Pak Mail dengan lebih rapi di rumah salah seorang anaknya dan mereka sedia bekerjasam dengan semua pihak berkaitan.
Sumber: Facebook Abe Zam N16 Apam Putra
