Kes viral mengenai jutawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang menunaikan umrah dengan bertelekung dan berpakaian seakan jemaah wanita hanyalah satu isu kecil
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan yang sehingga kini tiada tindakan yang diambil terhadap jutawan kontroversi itu, lapor Malaysia Gazette.
Isu Sajat ini sudah jadi isu kecil…tiada (tindakan),”
Beliau menjawab mengenai isu tersebut selepas Forum Kepercayaan Dalam Komanwel di Insitut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), di Taman Duta hari ini.
Sebelum ini pada 2 Februari, viral gambar Sajat bersama keluarga dan dua rakannya di KLIA sebelum mereka berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibarah umrah.
Ketika itu Sajat kelihatan mengenakan jubah lelaki, namun penampilannya berubah seakan jemaah wanita ketika berada di tanah suci, malah lengkap bertelekung.
Okay guys, sudah terjawab semuanya yer.