in

Kes Pesawat Terhempas Di Tanjung Malim, Penyelia Ladang Kongsi Pengalaman Selamatkan Mangsa

1bantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara di kejutkan dengan satu kejadian melibatkan pesawat yang terhempas di Tanjung Malim semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi semalam telah mendapat perhatian ramai. Penumpang dan juruterbang pesawat ringan itu dilaporkan mengalami kecederaan dan kini dalam proses rawatan.

Screenshot 2024 05 05 at 12.34.42 PM

Kedua-dua penumpang dan juruterbang itu terselemat selepas tindakan pantas oleh penyelia ladang yang memberikan bantuan awal kepada mangsa. Abdullah Abd Talib ketika menjalankan tugas di Hutan Simpan Gunung Besout telah menemui pesawat ringan itu dalam keaddan terbalik di celah-celah pokok.


Berkongsi pengalaman mengenai kejadian itu, Abdullah berkata beliau melihat keadaan dahan pokok yang patah dan menghalang laluan. Walau bagaimanapun, beliau tidak mendengar sebarang bunyi kuat atau dentuman namun menemui serpihan pesawat dan mengikutinya ke lokasi kejadian.

Screenshot 2024 05 05 at 12.35.54 PM

Memetik laporan Buletin Utama, keadaan berkabus menyukarkannya untuk melihat keadaan mangsa dari jauh. Ketika tiba di lokasi kejadian, Abdullah melihat keadaan juruterbang yang tergantung secara terbalik. Menurut beliau, kaki juruterbang itu tersepit dan beliau bantu memeluknya sehingga pihak bomba sampai.

Dalam video kejadian yang tular di media sosial, kelihatan seorang lagi mangsa yang berjaya keluar dari badan pesawat. Abdullah turun memberi bantuan kepada mangsa sekadar termampu.

Selain membantu mengeluarkan mangsa, Abdullah juga telah menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan. Beliau juga bertindak membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan menunjukkan jalan masuk ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari jalan utama.

Screenshot 2024 05 05 at 12.36.24 PM

Bangkai pesawat Cessna 172N Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA yang dikendalikan oleh Akademi Penerbangan Layang-Layang tersebut masih berada di lokasi ketika tinjauan ini dibuat jam 5 petang semalam.

 

Baca: Lagi Kes Kemalangan Udara, Sebuah Pesawat Ringan Terhempas Di Besout, Sungkai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.