in

Kes Perceraian Syamsul Yusof: Ira Kazar Failkan Pengesahan Lafaz Taklik, Ada Kaitan Dengan Posting Media Sosial

Sol Cerai Dengan Ira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk pengesahan sebutan lafaz cerai taklik tepat jam 9.05 pagi.

Dalam pada itu, Ira Kazar juga dilihat hadir kira-kira lima minit kemudian ke mahkamah dengan wajah tersenyum.


Artikel berkaitan: Perceraian Syamsul Yusof & Ira Kazar Tiada Kaitan Dengan Taklik – Peguam

Artikel berkaitan: Syamsul Yusof Sedia Untuk Bercerai Tapi Ira Kazar Tak Datang Mahkamah?

Ira dikatakan langgar taklik? 

Kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Ira menjadi perhatian selepas pengarah itu memfailkan cerai terhadap isterinya pada 19 Ogos lepas.

Menurut mStar, belum selesai perbicaraan, Ira atau nama penuhnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, telah memfailkan pula pengesahan lafaz taklik dibuat pengarah berkenaan terhadapnya.

Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, pengesahan lafaz taklik itu ada kaitan dengan hantaran dibuat Ira di media sosial miliknya.

Syamsul 2

Ira dikatakan langgar taklik. Ada kaitan dengan perbuatan Ira dengan posting dibuat di media sosial,” kata peguam.

Ira juga difahamkan telah memfailkan pengesahan lafaz taklik pada 27 Ogos lalu. Azmi juga memberitahu bahawa Syamsul sudah bersedia melafazkan cerai terhadap Ira.

Ira Kazar Syamsul Masjid Thailand

Selepas Syamsul failkan cerai, Ira pula failkan kes lafaz taklik. Jadi kita cuma selesai isu lafaz taklik.

“Lafaz taklik ini akan disiasat oleh mahkamah untuk melihat sama ada Ira langgar taklik atau tidak. Kita akan lalui perbicaraan siasatan,” katanya lagi.

Terdahulu, Syamsul dan Ira telah mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lepas di Selatan Thai.

Perkara itu juga disahkan Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik pada bulan yang sama.

Sumber: mStar, Instagram

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.