in

Kes Pemalsuan Cop Pasport, Ibu Mentua Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditahan

syaz ft 2025 10 06T112224.176

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 47 tahun yang juga ibu mentua kepada pemain bola sepak kebangsaan bersama empat lelaki warga asing direman selama seminggu bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemalsuan cop pasport.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kesemua suspek ditahan pada jam 12.25 tengah hari Rabu lalu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.


Artikel berkaitan: Terpaksa Meniarap Tengah Padang, Perlawanan Bola Sepak Terhenti Seketika Kerana Diserang Lebah

Artikel berkaitan: Mental Faisal Halim Tak Terganggu, Kekal Fokus Dalam Bola Sepak – Pengurus Harimau Malaya

Menurut beliau, seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun ditahan di sebuah apartmen di Gombak.

“Pemeriksaan lanjut di sebuah unit apartmen yang disewa suspek, polis merampas barang-barang yang disyaki digunakan untuk memalsukan cop imigresen.

Susulan itu, polis menangkap tiga lelaki warga asing berusia antara 39 tahun hingga 47 tahun dan seorang wanita warga tempatan berusia 47 tahun di sekitar Shah Alam,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan semua suspek direman bermula Khamis lalu hingga 8 Oktober ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah komersil iaitu Inspektor Fadzrul Akmal Zulkarnain di talian 010-2057600 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan di mana seorang wanita berusia 46 tahun yang juga ibu mentua pemain bola sepak kebangsaan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan cop pasport dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Gombak.

Dalam serbuan berkenaan, wanita terbabit ditahan bersama tiga lelaki warga Pakistan selepas kediaman mereka diserbu oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Gombak.

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.