in

Kes Meningkat, Perlis Cadang Sekat Pergerakan Keluar Masuk Ke Negeri Berkenaan

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan kes positif jangkitan Covid-19 adalah 15,764 sehingga jam 12 tengah hari tadi dan 5 buah negeri dengan jangkitan tertinggi adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Kedah.


Menurut statistik yang dikeluarkan, hanya ada dua negeri yang mencatatkan kadar jangkitan satu digit iaitu Wilayah Persekutuan Labuan, 7 kes dan juga Perlis, 9 kes.

Disebabkan berlakunya peningkatan kes di Perlis, menurut laporan Berita Harian, difahamkan kerajaan negeri Perlis bakal mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tidak membenarkan pergerakan rentas masuk ke negeri berkenaan.

Whatsapp Image 2021 08 01 At 4.00.34 Pm

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, sekatan ini juga bakal membabitkan penduduk negeri itu yang perlu merentas keluar atas urusan kerja.

Difahamkan, individu yang terbabit perlu dibenarkan untuk bekerja dari rumah (WFH) dalam usaha untuk mengekang penularan jangkitan Covid-19 di negeri berkenaan. Tambah Azlan lagi, kes penularan sebelum ini adalah disebabkan individu berkenaan bertugas di Kedah ataupun Pulau Pinang.

“Atau pun, orang luar dari Perlis datang ke negeri ini kerana bekerja dan apabila rentas negeri berlaku, jangkitan penularan COVID-19 meningkat” – Menteri Besar Perlis

Selain itu, perbincangan bagi mengenakan sekatan keluar masuk ke negeri berkenaan telah dibincangkan dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan perkara ini akan dibawa ke MKN dalam sesi mesyuarat yang akan datang, tambah menteri besar berkenaan.

Perlis Mb 1

Menurut beliau lagi, ada pelbagai cadangan yang diterima dan diberikan oleh orang ramai di laman sosial Facebooknya, antaranya termasuklan mengenakan gelang kuning untuk perentas negeri supaya orang ramai berhati-hati apabila berdepan dengan mereka ini.

Selain itu, cadangan supaya perentas negeri perlu untuk menjalani ujian swab juga telah dicadangkan sebelum mereka dibenarkan memasuki negeri berkenaan, tambahnya lagi.

Walaupun begitu, segala cadangan dan komen ini akan diperhalusi dan akan dipertimbangkan sekiranya ia tidak membebankan dan tidak memberikan masalah kepada petugas barisan hadapan.

Setakat semalam, Perlis telah mencatatkan sebanyak 725 kes jangkitan Covid-19 dengan 21 kes baharu yang mana 11 daripadanya adalah berlaku di Pusat Koreksional Perlis, selain di Kuala Perlis.

Baca : “Train To Perlis” – Catat 0 Kes Harian, Netizen Dah ‘Ready’ Nak Pindah Ke Perlis

Ttp

Sumber: Utusan
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.