Baru-baru ini, seorang wanita cedera selepas dikelar oleh suaminya di sebuah rumah di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pasangan suami isteri yang kedua-duanya merupakan guru itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas lelaki berkenaan mengelar dirinya sendiri menggunakan pisau yang sama.
Menurut pihak polis, siasatan awal mendapati kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada pertengkaran melibatkan masalah hutang, lapor Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: Wanita Dikel*r Suami Dibenarkan Keluar Hospital, Suami Masih Dirawat
Artikel berkaitan: Pemilik Kedai Telefon Bimbit Berdepan Detik Cemas Leher Nyaris Dikelar Wanita Myanmar
Difahamkan, lelaki tersebut telah membuat pinjaman dengan bank untuk digunakan dalam pelaburan saham.
Dalam masa yang sama, bayaran ansuran barangan melalui platform e-dagang turut ditanggung olehnya.
Namun, semua pinjaman kewangan yang dilakukan oleh suspek adalah menerusi institusi kewangan yang sah, sekali gus, tuduhan yang mendakwa lelaki berkenaan membuat pinjaman tanpa lesen adalah tidak benar.
Kini, pasangan itu yang cedera berada dalam keadaan stabil dan untuk pemeriksaan kesihatan mental, suspek kini ditempatkan di wad psikiatri di sebuah hospital.
Sumber: Sinar Harian
