in

Kes-kes Pengasuh Dera Budak Tahun 2018 Setakat Ini

Page 2 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kes-kes Pengasuh Dera Budak Tahun 2018 Setakat Ini
Loading
/

Sepanjang tahun 2018 ni, macam-macam kes anak kecil kena dera dengan pengasuh sehingga menyebabkan kecederaan dan ada juga yang sampai meninggal dunia. Allahu!

Kesian budak-budak tu. Tak dapat nak membesar dan melihat dunia. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pastinya ibu bapa kanak-kanak yang terlibat berganda lagi sedihnya. Apa-apapun jom kita tengok balik kes-kes pengasuh dera budak tahun 2018 setakat ini.


 

1. Ogos 2018: Penderaan Kanak-kanak di Taska 

Semalam viral video rakaman CCTV menunjukkan dua guru mengasari kanak-kanak jagaan mereka di sebuah Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) yang beroperasi di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Video berkenaan memaparkan guru tersebut menampar seorang kanak-kanak sehingga jatuh dari kerusinya dan juga menampar kanak-kanak lain. Melihat kejadian itu, pengurus pusat asuhan kanak-kanak itu melaporkan kepada pihak polis.

Dua guru tadika yang berusia 21 dan 40 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan. Walau bagaimanapun, pusat itu dibenarkan untuk terus beroperasi walaupun siasatan polis masih lagi dijalankan.

3 5
sumber: facebook

“Semakan dibuat dan mendapati tadi­ka yang mempunyai 23 kanak-kanak dan empat pekerja ini beroperasi secara sah serta berdaftar dengan Jabatan Pelajaran negeri.”

 

2. Ogos 2018: Pengasuh Beri Alasan Digigit Nyamuk

Kejadian ini melibatkan bayi berusia 10 bulan di Alor Setar, Kedah. Difahamkan, ibu mangsa mengenali pengasuh terbabit melalui WeChat dan semasa menjemput anaknya, pengasuh memberitahu anaknya digigit nyamuk dan kemungkinan ada alahan. Pengasuh itu juga menyapu losyen pada seluruh badan anak kecil itu termasuk di bahagian pipi.

Derabudak 1534123440
sumber: berita harian

Bila ibu mangsa menyedari lebam pada kedua-dua belah pipi, dia terus bawak jumpa doktor dan dimaklumkan bahawa anaknya berkemungkinan besar didera. Ibu bayi tersebut terus buat laporan polis sementara mangsa dimasukkan ke wad kanak-kanak HSB kerana mengalami masalah pendengaran. Pengasuh tersebut yang berusia 40-an kini ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Q
sumber: astro awani

 

3. Ogos 2018: Bayi Tiga Bulan Patah Tangan Kena Dera Pengasuh

Bapa mangsa telah terima panggilan daripada pengasuh yang memberitahu anaknya tu sakit, so dia kena datang ambil bayinya yang berusia tiga bulan. Tapi masa diambil, datuk bayi tu perasaan macam ada something wrong dengan tangan cucunya tu dan pengasuh kata tangannya terseliuh.

Q1 1
sumber: facebook

Bila check dekat hospital, ada kesan retakan pada tangan anaknya disebabkan dikilas dengan sangat kuat. Polis dah pun menahan pengasuh yang berusia 46 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Q2 1
sumber: facebook

 

4. Ogos 2018: Ibu Mangsa Ketahui Anak Didera di Facebook

Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan disyaki didera pengasuhnya dalam kejadian di Indahpura, Kulai, Johor Bahru dan disedari ibunya selepas dia menonton rakaman video anaknya didera viral dekat Facebook.

Tak puas hati, dia membuat laporan polis mengenai pengasuh yang berusia 62 tahun itu yang mula menjaga anaknya pada Disember lepas. Katanya bayi tersebut akan dihantar setiap hari Ahad dan akan diambil semula pada hari Jumaat di mana bayi itu akan bermalam di rumah pengasuh berkenaan.

S1
sumber: kosmo

Sebelum rakaman video viral, ibu bayi yang juga merupakan seorang suri rumah ada mendengar tentang reputasi buruk pengasuh tersebut dan tidak lagi menghantar anaknya ke situ sejak dua minggu sebelum kejadian.

Polis kini sedang jalankan siasatan terperinci dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(c) Akta Kanak-kanak 2001.

 

5. Julai 2018: Mayat Adam Rayqal Disumbat Dalam Peti Ais

Kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan pengasuh paling kejam pada tahun ni ialah kes Adam Rayqal. Pengasuh berkenaan memberitahu ibu mangsa bahawa Adam telah pun dijemput oleh bapanya tapi sebenarnya ianya tidak berlaku.

Image 4
sumber: kosmo

Bayi malang tu dijumpai di dalam peti ais di rumah pengasuh dekat Jalan Nahoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak. Masa ditemui, Adam lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

Aqilahadam
sumber: mstar

Pengasuh berkenaan, Noor Aqilah Abd Rahman, 33, telah pun dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah di atas kesalahan mendera sehingga menyebabkan kematian serta melupuskan mayat bagi tujuan menyembunyikan kematian.

Allah tak faham macam mana boleh dera budak-budak kecil. Dorang tu bukan tau apa. Takziah diucapkan kepada ibu bapa yang kehilangan anak mereka di tangan pengasuh. Kepada ibu bapa yang lain, hati-hatilah dalam memilih pengasuh.

Baca: Bayi 3 Bulan di Seri Iskandar Patah Tangan Didera Pengasuh

Page 2 5 758X401 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.