in

Kes Kematian Adik Amir: Ibu Kandung & Bapa Tiri Berdepan Hukuman Gantung Jika Sabit Kesalahan

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lepas, negara kita dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek atau dipanggil ‘Adik Amir’ oleh rakyat Malaysia selepas dipercayai didera sampai mati.


Semalam, ibu kandung dan bapa tiri arwah Amir telah pun didakwa di Mahkamah Majistret dan bakal berdepan dengan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Memetik laporan dari Sinar Harian, pasangan suami isteri ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke dibacakan ke atas mereka secara berasingan di hadapan Hakim, Nariman Badruddin.

967480

Malah, tiada pengakuan yang direkodkan dari Zuraida Atan dan suaminya Mohd Fadzli Abdull Razak sepanjang tempoh tahanan reman.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh ini didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian arwah Amir di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, Melaka pada jam 3.32 petang, 29 Januari lalu.

Pasangan ini juga turut didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan dengan cara mungkin akan menyebabkan arwah mengalami kecederaan fizikal atau membenarkan arwah dianiaya, diabaikan atau didedahkan sedemikian.

Mereka didakwa melakukan kesalahan ini di rumah yang sama antara jam 10.30 malam pada 13 Oktober 2019 sehingga jam 3.32 petang 29 Januari 2021.

967481

Mahkamah telah menetapkan sebutan semula bagi kedua-dua kes itu pada 29 Mac nanti. Zuraida akan diwakili empat peguam Zamri Idrus, Ishak Mohd Kari, Yusman Che Man dan Saifuzzaman Ab Rahman manakala suaminya diwakili oleh Datuk Ahmad Musthafi Mohamar dan Muhammad Firdaus Abd Razak.

Sebelum ini, media melaporkan arwah Amir didakwa lemas dalam tong air di rumahnya dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian tubuh badan.

Hasil siasatan pada tubuh badan kanak-kanak malang ini mendapati kecederaan tersebut dipercayai akibat didera.

Pada Oktober tahun lepas, kisah arwah Amir pernah tular selepas video ibu angkatnya yang telah menjaga kanak-kanak ini sejak dia berusia dua bulan terpaksa diserahkan semula kepada ibu kandungnya dimuat naik ke media sosial.

 

Baca: “Dipercayai dipukul objek tumpul” – Belum Jumpa Punca Kematian, Polis Temui Luka Di Kepala & Lebam Belakang Badan Amir

Screenshot 2021 02 11 At 10.55.38 Am

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.