in

Kes Kamal Adli Dipukul Di Singapura, Ahmad Idham Mahu Penjelasan Kementerian

Ahmad Idham Kamal Adli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi yang menimpa pelakon terkenal, Kamal Adli di Singapura pada Ahad lepas apabila dia dipukul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dengan sebatang cota hingga mengakibatkan kecederaan serius telah mendapat perhatian ramai.


Meskipun keadaan pelakon terbabit dimaklumkan kini stabil, insiden yang berlaku telah mendapat perhatian bekas CEO FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 49.

709719

“Apa usaha kerajaan dalam menangani kes sebegini?” 

Ahmad Idham menerusi perkongsian di Instagram telah bertanya kepada pihak kerajaan sama ada mereka sudah mengambil sebarang tindakan atau tidak berhubung insiden yang menimpa suami kepada pelakon Uqasha Senrose tersebut.

Anak Malaysia yang juga pelakon tanah air di serang di luar negara. Hingga saat kini tiada sebarang kenyataan ke daripada Menteri KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia). 

“Apa usaha kerajaan dalam menangani kes sebegini. Ada ke sebarang usaha daripada Kedutaan kita di sana (Singapura) membantu Kamal Adli. Mohon penjelasan segera, terima kasih,” katanya.

KKD akan dapatkan maklumat penuh mengenai insiden menimpa Kamal Adli 

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam satu laporan semalam memaklumkan bahawa mereka akan mendapatkan maklumat sebelum membuat sebarang kenyataan penuh mengenai kejadian yang menimpa Kamal Adli.

Isu keselamatan artis tempatan juga menurut menterinya adalah perkara penting bagi golongan penggiat seni itu.

Whatsapp Image 2023 03 14 At 10

Setakat ini, pihaknya tidak memiliki sebarang maklumat khusus berkaitan kejadian yang menimpa pelakon itu.

Memang isu keselamatan artis menjadi perkara penting bagi mereka.

“Namun kita akan mendapatkan maklumat dan teliti apa yang berlaku sebelum membuat sebarang kenyataan,” kata Fahmi Fadzil.

Sementara itu, pelakon Kamal Adli semalam telah memuat naik hantaran di Instagram memaklumkan keadaan dirinya kini semakin pulih dan berharap tidak ada pergaduhan antara dua negara disebabkan kejadian pukul tersebut.

Apa-apapun kita doakan semoga Kamal cepat sembuh dan beri ruang kepada pihak berkuasa untuk siasat hal ini dengan lebih terperinci. 

Baca: “Yang ketuk saya sorang je, jgn gaduh2” – Kamal Adli ‘Update’ Keadaan Terkini, Sempat Titip Nasihat

Collage 26

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.