in

Kes Culik, Bunuh ‘Datuk Seri’ Didalangi Bekas Calon DUN Bermotifkan Hutang?

Collage 2

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat, polis tidak menolak kes penculikan dan pembunuhan ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ bermotifkan hutang dan perniagaan, lapor FMT.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 3(3) Akta Culik dan Akta Penculikan 1961 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan sejak hari pertama mayat ditemui di kawasan belukar Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya.

Terdahulu, menurut Malaysiakini, individu yang disyaki menjadi dalang penculikan dan pembunuhan ini pernah menjadi calon kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum ke-13. Namun tidak dinyatakan sama ada individu itu masih aktif dalam politik.

Mayat1

Sama ada terdapat suspek atau individu yang perlu ditangkap atau dikesan, ia bergantung kepada siasatan dijalankan. Laporan bedah siasat masih belum diperoleh dan akan disambung esok.”

Sehingga kini, seramai 11 lelaki sudah berjaya ditahan bagi membantu siasatan, termasuklah seorang warga Bangladesh. Beberapa suspek yang dilaporkan telah tamat tempoh reman juga akan disambung semula, termasuklah 2 lelaki yang disambung reman sehingga 6 Julai serta seorang lelaki Bangladesh dan tempatan yang disambung reman sehingga 9 Julai.

Mayat3

Menurutnya lagi, sehingga kini identiti mangsa berusia 55 tahun yang terbabit dalam perniagaan hartanah masih belum dikenal pasti. Mangsa dilaporkan telah diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Bandar Sri Damansara, jam 10.30 pagi 10 Jun lalu.

Ketika mayat dijumpai dan berdasarkan pemerhatian forensik, mangsa dipercayai telah meninggal dunia 3 atau 4 hari sebelum ditemui di kawasan belukar tersebut.

Baca: Kes Culik ‘Datuk Seri’: Minta Tebusan RM154 Juta, Dalang Utama Pernah Jadi Calon DUN Selangor PRU13?

Kes Culik

Sumber: Best of KL
Sumber: The Star