in

Kes Bunuh Wanita Hamil Di Sungai Besar, Rayuan Tertuduh Dirujuk Ke Psikiatri Ditolak

Bunuh Kekasih Hamil Tolak Psikitiari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada bulan Mei lalu, kita dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang wanita berusia 21 tahun di Sungai Besar, Selangor.

Pembunuhan kejam itu didakwa telah dilakukan oleh teman lelakinya yang berusia 20 tahun bagi menyembunyikan kehamilannya.


Artikel berkaitan: “Mentalnya tak stabil”- Peguam Kes Bunuh Teman Wanita Di Sungai Besar, Mohon Suspek Dirujuk Ke Psikiatri

Artikel berkaitan: Bunuh Kekasih Hamil, Pemuda 20 Tahun Berdepan Hukuman Mati

Terbaru, Mahkamah Majistret hari ini menolak rayuan tertuduh yang sebelum ini ingin dirujuk kepada psikiatri selepas mengatakan keadaan mentalnya tidak stabil.

Pexels Ekaterina Bolovtsova 6077326
Gambar hiasan

Menurut laporan Astro AWANI, Majistret Siti Hajar Ali menolak permohonan itu atas alasan perkara tersebut perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

“Mahkamah berpendapat secara asasnya permohonan begini hendaklah diputuskan oleh hakim yang menjalankan kes ini iaitu Hakim Mahkamah Tinggi dan mahkamah ini sedar keperluan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah perlu dipatuhi.

Mahkamah juga berpendapat penolakan permohonan pada peringkat ini tidak akan memprejudiskan hak tertuduh.

Peguam pada bila-bila masa boleh membuat permohonan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang akan menjalankan perbicaraan kes ini nanti,” katanya.

Difahamkan, permohonan itu sebelum ini dibuat oleh peguam Muhammad Nor Tamrin yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman Sajali pada 3 Ogos lalu.

Muhammad Nor sebelum ini memohon mahkamah agar anak guamnya dirujuk ke hospital psikiatri berikutan hasil temu bual pihaknya bersama tertuduh mendapati keadaan mental anak guamnya dilihat tidak stabil.

Sebagai info, bekas penuntut kolej itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.