in

Kes Bunuh Altantuya: Keputusan Hukuman Gantung Sampai Mati Bekas Anggota UTK, Azilah Hadri Dikekalkan

Nz Altantuya 181219

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan semakan perbicaraan semula sabitan bekas Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri untuk mengetepikan sabitan serta hukuman gantung sampai mati terhadapnya atas pertuduhan membunuh seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 14 tahun lalu.

Keputusan ini telah dibuat oleh lima panel hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan empat Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernom Ong Lam Kiat, Puan Seri Zaheha Yusof dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.


Ekoran ini, hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya pada 13 Januari 2015 lalu oleh Mahkamah Persekutuan dikekalkan, lapor Awani.

Unknown

Sebelum ini, Azilah yang sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati di Penjara Kajang telah mengemukakan permohonan semak semula kesnya pada 5 Disember tahun lalu yang disertakan sekali deklarasi akuan berkanun setebal 32 muka surat mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang dari Najib yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mahkamah sepatutnya menetapkan tarikh 14 April lalu untuk mendengar semula kes Azilah namun terpaksa ditangguhkan ekoran dari pandemik Covid-19.

 

Baca: “Najib arah saya bunuh Altantuya” -Pengakuan Mengejut Azilah Dari Penjara Kajang

Screenshot 2020 12 08 At 1.31.42 Pm

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.