in

Tapak Pembinaan Sekolah Ditutup Sementara Susulan Kebocoran Gas

Kebocoran Gas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu insiden kebocoran gas dilaporkan berlaku di tapak pembinaan sebuah sekolah di Sarawak semalam, lapor Harian Metro.

Kejadian itu dipercayai berlaku di tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan. Namun, setakat ini jenis gas yang terlibat masih belum dikenal pasti.


Susulan laporan diterima sekitar jam 10.15 pagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Kejadian Kebocoran Gas

Artikel Berkaitan: Warga Emas Melecur Hampir Seluruh Badan Selepas Gas Dalam Rumah Meletup

Artikel berkaitan: Stesen Minyak Meletup, 45 Orang Cedera Termasuk Pasukan Penyelamat

Gas berkenaan telah keluar dari dua lubang cerucuk yang ditanam pada kedalaman 33.9 meter dan 33.6 meter di tapak pembinaan sekolah baharu SK Tudan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kerja-kerja pembinaan telah dihentikan buat masa ini.

Menurut pasukan Hazmat dari jabatan bomba, permukaan tanah di lokasi kejadian adalah kering dan tiada kebakaran dilaporkan di situ.

Setelah dipantau oleh pasukan Hazmat, difahamkan, gas yang bocor itu adalah dipercayai gas mudah terbakar, merangkumi gas asli Butane, Propane dan Methane.

Dalam masa yang sama, difahamkan juga, kebocoran tersebut hanya terpusat di lubang gerudi tersebut sahaja.

Bagi memastikan keselamatan orang ramai dan warga sekolah, pasukan Hazmat mengesyorkan agar lubang tebukan atau gerudi tersebut dikambus atau ditutup sepenuhnya.

Ini kerana bacaan Lower Explosive Limit (LEL) didapati berada pada paras normal apabila lubang berkenaan ditutup, namun meningkat dengan ketara setiap kali ia dibuka.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.