in

Kereta Vellfire Digunakan Sindiket Dadah Di Thailand, Pemilik Kenderaan Diburu Polis Kelantan

sindiket seludup dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang merupakan pemiliki sebuah kereta MPV Toyota Vellfire kini sedang diburu oleh pihak polis Kelantan kerana kereta milik wanita berusia 30-an itu telah digunakan oleh sindiket dadah di Thailand, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kereta MPV tersebut telah disita dalam operasi besar-besaran di sempadan pada minggu lalu.


Hasil siasatan pihak polis berdasarkan nombor kenderaan di negara ini, wanita berkenaan juga mempunyai dua kad pengenalan iaitu kad pengenalan Malaysia dan juga Thailand.

Suami pemilik kereta Vellfire itu pula dipercayai merupakan seorang lelaki warganegara Thailand.

sindiket penyeludupan dadah kelantan thailand

Artikel Berkaitan: Remaja Di PUSPEN Kongsi Kisah Guna Duit Upah Panjat Pokok Kelapa Untuk Beli Pil Kud*

Artikel berkaitan: Lelaki Ketagih Dadah Hisap Pil Kuda Depan Anak-anak di Kota Bharu

Oleh itu, wanita itu yang dipercayai merupakan pemilik kereta yang disita berkenaan kini sedang giat diburu pihak polis.

Difahamkan juga, pihak polis Malaysia akan bekerjasama dengan polis Thailand untuk mengesan wanita tersebut.

Wanita berkenaan telah dimasukkan dalam senarai orang yang dikehendaki oleh polis.

Untuk pengetahuan semua, rakyat Malaysia hanya dibenarkan untuk memiliki satu kerakyatan sahaja iaitu kad pengenalan Malaysia kerana negara ini tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.