Timbul satu kebimbangan bagi kalangan warga Cyberjaya apabila melihat sikap segelintir orang awam yang suka bermain e-scooter, kerajaan sendiri telah melarang penggunaan skuter elektrik ini di atas jalan raya, lapor BERNAMA.
Satu video memperlihatkan orang awam bermain skuter elektrik di sekitar kawasan tersebut ini amat membimbangkan apabila ramai antara mereka menunggang skuter diatas jalan besar sehingga mengganggu laluan kenderaan lain.
Kereta & motor dekat Cyberjaya ni dah la laju-laju.
Jika diperhatikan dalam video tersebut, klip pertama memaparkan 2 orang naik satu skuter, dengan selamba mereka gunakan jalan besar (yang khusus untuk kereta dan motor).
Kemudian, ada satu kereta terpaksa perlahankan kenderaan secara mengejut sebab nak berikan penunggang skuter itu jalan. Banyak lagi klip-klip lain dalam satu video.
Risau tengok dorang naik e-scooter ramai-ramai atas jalan raya. Kereta & motor dekat Cyberjaya ni dah la laju-laju. 🥲 pic.twitter.com/jxjM2Rmo4n
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) April 15, 2022
Malah dikatakan mereka suka menunggang skuter ini di kawasan gelap dan ia amat bahaya kerana kereta yang lalu lalang biasanya laju-laju belaka dekat Cyberjaya.
Kalau nak lintas jalan pun, e-scooter ni sepatutnya guna la zebra crossing macam pejalan kaki lain, dekat traffic light.
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) April 15, 2022
Sementara itu, ramai sahaja netizen ceritakan pengalaman mereka hampir-hampir terlanggar penunggang-penunggang ini.
3 kali hampir langgar rider ni – Netizen
Haih belum lagi habis kes pasal basikal lajak, muncul mula yang ni. Harap mereka yang nak main tu kena pertimbangkanlah tempat yang mereka nak lalu tu.
Baca : “Mata juling, berbaju hitam” – Polis Kini Buru Lelaki Mencabul Di Tamarind Square, Cyberjaya