Setiap kali tibanya Ramadan antara yang menjadi tumpuan ialah bazar Ramadan, kerana pelbagai jenis juadah berbuka puasa daripada tradisional hinggalah moden boleh didapati dan dibeli.
Tular di media sosial mengenai gambar beberapa buah kenderaan telah dihalang khemah peniaga bazar Ramadan yang dibuka di kawasan tempat letak kenderaan.
Dapat dilihat menerusi gambar itu, masih banyak kereta di petak parkir, tetapi mungkin peniaga tiada pilihan dan terpaksa memacak khemah mereka di hadapan kenderaan-kenderaan di situ.
Berapa ramai terkandas nak keluar kereta pic.twitter.com/2Rl87QGCFK
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) March 23, 2023
Situasi tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen tentang bagaimana pemilik kenderaan yang terperangkap itu hendak keluar dari situ.
Malah, keadaan itu juga telah menyebabkan pengunjung yang hadir ke bazar tersebut terpaksa bersesak kerana laluan menjadi sempit.
Menjengah di ruangan komen, ada yang menyalahkan cara pihak PBT dalam menguruskan hal mengenai tapak bazar di kawasan terbabit.
Mereka berpendapat kawasan itu sepatutnya tidak dijadikan sebagai lokasi bazar Ramadan kerana merupakan kawasan parkir dan dikelilingi deretan kedai.
Menurut netizen, pihak PBT telah meletakkan notis memaklumkan kawasan itu perlu dikosongkan sebelum jam 3 petang.
Namun, ada yang mengatakan mungkin pemilik kenderaan yang terperangkap itu tidak bekerja di lokasi berdekatan dan tidak sempat untuk mengalihkan kenderaan sebelum 3 petang.
Pun begitu, netizen berpandangan penganjur atau PBT perlu mencari lokasi yang bersesuaian untuk memudahkan kedua-dua pihak walaupun kawasan situ sudah lama menjadi tapak bazar.
Baca: “Tetap slay ye” – Netizen ‘Speechless’ Tengok Diva AA Mengaji