Siapa je yang tak excited kalau dapat jumpa dengan artis kegemaran kan?
Kadangkala, keterujaan seseorang itu mungkin kelihatan berlebih-lebih tapi ia ibarat impian menjadi kenyataan, so no hate okay?
Itulah yang berlaku kepada penyanyi tersohor tanah air, Khai Bahar apabila dia dapat melihat penyanyi idolanya dari tanah sebarang, Judika secara live.
Baru-baru ini, sebuah acara perlumbaan yang dianjurkan oleh jenama kereta ternama Toyota telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor dan menjemput penyanyi Indonesia sensasi Judika itu sebagai salah satu persembahan dalam konsert pada hari itu.
“Dapat duet mcm ni pon dh ok sngat dah!!”
Keterujaan penyanyi yang terkenal dengan lagu Bayang itu, dapat dirakam dan telatahnya membuatkan ramai terhibur.
Mulanya, dia hanya sekadar menyanyi di bahagian bawah pentas kemudian Judika mula menghulurkan mikrofon kepadanya, dia terus menyambung lagu berjudul Bukan Dia Tapi Aku.
Selepas dia menyambung nyanyi tersebut, kelihatan dia begitu teruja sehingga melompat dan di situ terdapat Nabil Ahmad yang juga personaliti terkenal tanah air, mereka kemudian berpelukan kerana terlalu excited.
Malah, penyanyi Indonesia itu juga meninggalkan komen di Instagram Khai Bahar selepas penyanyi itu memuat naik video tersebut dalam Instagramnya.
“Yang penting duet!”
Telatah penyanyi serba boleh itu mendapat perhatian daripada netizen dan rata-rata terhibur dengan reaksinya itu, ada juga yang mengharapkan kedua-dua penyanyi itu akan berkolaborasi.
Korang pun mesti macam ni kalau jumpa artis favourite kan?
Baca: 5 Lagu Hit Hollywood Yang Asalnya Kena Reject Dengan Penyanyi Lain