in

Kerana Sukar Untuk Bernafas, Wanita Gunting Lubang Di Topeng Muka

Aa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita di Kentucky, Amerika Syarikat telah menggunting topeng muka yang dipakainya di bahagian hidung untuk memudahkan proses pernafasan.


Situasi lucu ini berjaya dirakamkan oleh seorang pekerja stesen minyak di akaun TikTok miliknya. Pada mulanya, dia sedang melayani pelanggan lain sehinggalah didatangi oleh wanita bertopeng muka lubang itu.

Pelik dengan apa yang dilihat, pekerja tersebut bertanyakan wanita tersebut dari manakah dia mendapatkan topeng muka itu?

“Memandangkan kita semua kena pakai topeng muka dan ianya buat saya sukar untuk bernafas, lubang ini memudahkan saya untuk bernafas semula” – ujar wanita tersebut

Tanpa bertanya lebih lanjut, pekerja stesen minyak tersebut hanya membiarkan wanita itu dan menyambung kerjanya semula.

Kredit: Today

 

BACA: “Pakai Bra Pun Boleh” – Wanita Jepun Ini Kongsi Cara Buat Topeng Muka Dengan Hanya Tiga Langkah Mudah

Cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.